Seperti yang kita sedia maklum, cabaran penutup botol ataupun lebih dikenali sebagai ‘bottle cap challenge’ memerlukan seseorang untuk membuka penutup botol dengan melakukan tendangan sisi tanpa menjatuhkan botol tersebut.

Cabaran ini menjadi sensasi di laman sosial sehingga disahut oleh beberapa nama-nama besar industri hiburan di dalam mahupun di luar negara.

CP network 3|YouTube

Namun, tahukah anda bahawa kini terdapat satu lagi cabaran yang terbaru, di mana cara yang sama turut diaplikasikan – tendangan sisi untuk menyalakan mancis!

Ianya mula mendapat perhatian setelah satu video dimuat naik di laman YouTube menunjukkan dua orang pelajar sekolah rendah di China melakukan cabaran itu.

Menurut China Press, dua orang kanak-kanak terbabit merupakan penuntut seni mempertahankan diri Taekwondo selama 3 tahun.

Menerusi video yang dimuat naik, kita dapat lihat guru mereka melekatkan jalur pada kotak mancis yang bertindak menyalakan kayu mancis, pada tapak kasut anak muridnya sebelum mereka memulakan langkah.

CP network 3|YouTube

Kemudian, guru mereka memegang sebatang kayu mancis menggunakan jarinya ketika anak muridnya memulakan aksi untuk melakukan tendangan sisi dan menyalakan kayu mancis.

CP network 3|YouTube

Sejurus sahaja mereka selesai melakukan tendangan, kita dapati bahawa mancis itu menyala setelah seketika.

CP network 3|YouTube

Lihat aksi mereka di bawah:

CP network 3|YouTube

Sesungguhnya, ia memerlukan teknik tendangan yang betul dan agak sukar dilakukan oleh orang kebanyakan.

Jika tidak cukup mahir, mungkin kayu mancis yang dipegang itu terpatah, memandangkan sasaran (kayu mancis) adalah lebih kecil jika dibandingkan dengan penutup botol, bukan?

Sumber: CP network 3|YouTube

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona VIDEO

Video Popular