Seorang ibu terpaksa menanggung rasa bersalah selepas terlupa untuk membasmi kuman dan bakteria pada kerusi makan bayi yang digunakan oleh bayi perempuannya ketika mereka menikmati hidangan di sebuah restoran.

Menerusi kenyataannya di Facebook, Agnest Chew menulis tentang kepentingan membersih dan membasmi kuman pada kerusi makan bayi pada restoran sebelum digunakan bayinya kerana bayi perempuannya mengalami reaksi alahan yang agak serius, namun semuanya telah terlambat.

“Selepas insiden itu, saya sedar bahawa pembasmian kuman itu sangat penting. Kadangkala ketika makan di luar bersama anak, kita tidak boleh gunakan tisu basah sahaja untuk mengelap, sebaliknya gunakan cecair sanitasi”, tulisnya.

Menurutnya, dia hanya gunakan tisu basah untuk membersihkan meja pada kerusi makan kanak-kanak, dan bukannya keseluruhan kerusi

Agnest Chew|Facebook

Dia tidak menyangka bahawa anak perempuannya akan mengalami reaksi alahan ekoran duduk pada kerusi tersebut

Agnest Chew|Facebook

“Sebelum anak saya duduk, dia baik-baik sahaja. Selepas di duduk di situ untuk beberapa ketika, saya perasan matanya sedikit merah dan apabila saya menyentuh leher dan telinganya, ia turut menjadi kemerah-merahan. Dia enggan makan dan mula menangis agar saya mengambilnya,” tambahnya.

Dia menyangka bahawa kemerahan itu berpunca daripada gigitan nyamuk namun setelah tiba di rumah, barulah ibu berkenaan menyedari bahawa ia merupakan reaksi alahan

 

“Saya perasan muka, leher dan beberapa bahagian pada tubuhnya menjadi merah, pedih dan gatal-gatal serta panas ketika disentuh.”

Malangnya kemerahan dan kerengsaan yang dirasakan anaknya itu tidak reda walaupun setelah disapu dengan kain basah dan krim aloe vera

Agnest Chew|Facebook

Kira-kira setengah jam, kemerahan gan kegatalan itu telah merebak ke bahagian belakang, punggung dan kaki anaknya.

Chew kemudian membawa anaknya berjumpa doktor yang mengesahkan bahawa anaknya mengalami reaksi alahan yang disebabkan oleh habuk, hama dan lain-lain

Agnest Chew|Facebook

Lantas, ibu berkenaan tahu reaksi alahan itu disebabkan oleh kerusi yang digunakan oleh anaknya ketika mereka makan. Benda lain yang digunakan anaknya adalah sama dan tidak bermasalah

Agnest Chew|Facebook

Walau bagaimanapun, Chew tidak menyalahkan restoran berkenaan sebaliknya menyalahkan diri sendiri kerana tidak membersihkan kerusi tersebut dengan betul sebelum meletakkan anaknya.

Mengakhiri kenyataannya, Chew turut memberi amaran kepada para ibu bapa di luar sana untuk sentiasa membasmi kuman pada mana-mana kerusi sebelum digunakan untuk mengelakkan insiden sebegini berlaku lagi kepada anak kecil.

Sumber: Agnest Chew|Facebook

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP KESIHATAN

Video Popular