Tim Crowley berada di bar dengan kawan-kawannya. Mereka menikmati beberapa bir di luar dalam cuaca yang baik apabila yang tidak dijangka berlaku. Burung kecil jatuh dari ‘langit’.

Tim tahu anak burung itu memerlukan bantuan, jadi dia menghantar gambar keadaan anak burung tersebut ke Pusat Rehabilitasi Hidupan Liar Utara Utah. Mereka memberitahunya untuk membawanya segera ke sana.

Walau bagaimanapun, dia telah minum melebihi had yang dibenarkan untuk memandu, jadi dia dan kawan-kawannya terpaksa memutuskan apa yang perlu dilakukan.

Pada mulanya ia bermula dengan gurauan, apabila seorang daripada mereka memberi idea untuk menggunakan perkhidmatan Uber untuk menghantar anak burung tersebut ke pusat perlindungan tersebut. 

Kemudian, semua bersetuju untuk menggunakan idea tersebut. Pemandu Uber yang pertama tidak bersetuju untuk membawa anak burung tersebut, tetapi pemandu yang kedua bersetuju untuk membawa anak burung tersebut.

Anak burung itu tiba di pusat perlindungan berkenaan dengan selamat oleh Uber, tanpa manusia yang menemaninya. Syukurlah, penghantaran burung itu, yang diberi nama “Petey Uber”, berjalan lancar.

“Terima kasih kepada penyelamat yang membantu anak burung kecil ini mendapatkan penjagaan yang diperlukan pada masa yang tepat dan terima kasih kerana menjaga keselamatan diri dan pengguna jalan raya yang lain,” tulis pusat itu di Facebook.

Fox13 News Utah/YouTube

Sumber: Happiest

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona VIDEO

Video Popular