Ramai individu berjaya mengecapi kejayaan sama ada dalam dunia pekerjaan mahupun pelajaran atau bakat terpendam dengan berkat doa serta sokongan orang-orang tersayang.

Malah, ada segelintir yang menjadikan tokoh-tokoh terkenal sebagai model ikutan dan inspirasi untuk mengejar cita-cita.

Baru-baru ini seorang lelaki warga Singapura telah berkongsi satu kisah benar di Facebook yang pastinya akan memberi kesedaran kepada kita semua bahawa model ikutan yang paling sempurna bukanlah tokoh terkemuka, jutawan mahupun usahawan terkenal tetapi beliau adalah orang yang paling dekat dan bermakna dalam hidupnya…

Facebook

Dalam entri Facebook itu, warga netizen yang dikenali sebagai Ayie Ahbotz ini menegaskan ciri-ciri yang ada pada seorang model peranan iaitu mampu memberi pengaruh positif kepada orang sekeliling selain tidak memiliki sifat dengki mahupun mementingkan diri sendiri.

“Mereka membantu membentuk personaliti dan ciri-ciri seseorang. Mereka ini jugalah menjadi individu yang kita cari untuk mendapatkan khidmat nasihat jika berada dalam situasi getir dan bijak memberikan kata-kata semangat”.

Tambah Ayie lagi, “Mereka tidak pernah menghakimi tindakan kita di waktu lampau tetapi mereka hanya ingin membantu kerana mereka sayangkan kita. Mereka tidak lakukannya untuk wang, kuasa atau nama. Mereka tidak lakukannya demi manfaat sendiri”.

Facebook

Meskipun tiada wang yang mencukupi, bapa Ayie sentiasa menjadi tonggak utama dan tidak pernah mengeluh di hadapan anak-anak dan isteri tercinta.

Setiap hari, lelaki tua yang bekerja di Majlis Perbandaran Nee Soon ini akan membawa kereta sorong yang dipenuhi dengan barangan terbuang.

Bukan sahaja itu, bapanya juga akan berkorban jiwa raga dan sanggup melakukan apa sahaja demi memastikan setiap tanggungjawabnya dilakukan dengan sempurna.

Lebih menyentuh hati lagi, Ayie menegaskan bahawa kehadiran lelaki yang dipanggil bapa itu membuatkan hidupnya seolah-olah sentiasa selamat dan dilindungi.

“Cara bapa menangani hidup mendidik saya bahawa tidak kira betapa susahnya dugaan hidup, kita tetap perlu meneruskannya. Walaupun gaji kita kecil tetapi pekerjaan kita sangat sukar, asalkan ianya tepat, kita hanya perlu melakukannya sehingga habis.”

Facebook

Kata Ayie lagi, model ikutan yang sebenarnya adakalanya merupakan ahli keluarga kita sendiri. Kerja keras dan keazaman mereka dalam memastikan setiap individu menjalani kehidupan yang baik dan selesa sewajarnya dihargai.

Dari situ, barulah kita akan memahami dengan lebih jelas segala kesulitan yang mereka lalui dan bagaimana mereka mengatasi setiap permasalahan yang melanda.

Justeru, jangan sesekali mensia-siakan orang yang sentiasa berada di samping kita. Ambil peluang ini untuk menggembirakan hati mereka yang tersayang kerana kita tidak akan pernah tahu sampai bila mereka akan dipinjamkan untuk kita di dunia ini…

Sumber: World of Buzz , Facebook

Maybe you're interested :

Share

Video Popular