Pengambilan makanan dalam kehidupan seharian perlulah seimbang dan dikawal, lebih-lebih lagi dengan munculnya pelbagai makanan dan minuman yang kurang berkhasiat – berminyak, mengandungi gula, garam dan serbuk perasa yang tinggi. Jika tidak dijaga, kelak tubuh badan merana.

Di Hangzhou, terdapat satu kes melibatkan seorang remaja 16 tahun bernama Xiao Ying, difahamkan tidak mengamalkan pengambilan makanan yang sihat. Setelah pengsan pada suatu hari, dia kemudian dimasukkan ke hospital.

Menurut KKNews, Xiao Ying sentiasa berselera ketika makan sehinggalah satu hari apabila dia mula berasa sangat dahaga dan tidak berhenti meminum air. Dia juga dilaporkan kurang berselera, lemah, mual dan muntah-muntah, sebelum pengsan.

KKNews

Pemeriksaan doktor mendapati bahawa kandungan gula dalam darah Xiao Ying adalah 20 kali ganda lebih tinggi (124 mmol/L) daripada individu normal (sekitar 3.9 – 6.1 mmol/L). Ujian tersebut sangat mengejutkan.

Doktor menjelaskan bahawa keadaan kesihatan Xiao Ying agak buruk dan tidak dapat diselamatkan. Menurut laporan, Xiao menderita ‘diabetic ketoacidosis’ kerana kandungan gula darah yang sangat tinggi lantas menyebabkan ketidakseimbangan elektrolit yang teruk.

FoodNavigator

Ia juga berupaya menyebabkan kegagalan organ, sekaligus membawa maut. Selepas rawatan kecemasan, Xiao bertuah kerana doktor berjaya menyelamatkan nyawanya.

Doktor juga mendedahkan bahawa amalan pemakanan Xiao yang tidak seimbang menjadi punca, ditambah pula dengan keadaan Xiao yang mengalami obesiti mencecah 100 kilogram.

PXHere

Difahamkan pemakanan yang diamalkan Xiao terdiri daripada barbeku, makanan bergoreng dan tinggi kandungan gula seperti minuman ringan dan teh susu pada setiap hari. Dia juga akan makan pada bila-bila masa yang dikehendakinya.

Kes ini mengejutkan doktor kerana inilah kes pertama melibatkan kandungan gula tertinggi dalam darah. Kandungan gula dalam darah Xiao adalah sama dengan kandungan gula dalam minuman ringan.

Xiao juga didiagnosis dengan penyakit diabetes tahap 2 dan kejadian ini benar-benar membuka matanya untuk mengubah tabiat pemakanan, selain berjanji untuk menurunkan berat badan untuk kekal sihat.

Sumber: KKNews

Maybe you're interested :

Share

Video Popular