Sekarang, cuba bayangkan kepedasan biasa pada Ayam Goreng McD yang biasa kita makan selama ini. Baiklah, sekarang cuba bayangkan pula bagaimana rasanya jika tahap kepedasan itu dinaikkan pada tahap tiga kali ganda dari tahap yang biasa.

Memang sangat pedas!

Berita baik untuk peminat makanan pedas dan Ayam Goreng McD! Kini anda boleh mendapatkan gabungan kedua jenis perkara ini dengan mudah dan pastinya akan memuaskan hati!

Mulai 25 Julai, McDonald’s Malaysia dijangka akan mula menjual Ayam Goreng McD Extra Spicy di semua cawangan restoran mereka setelah menjualnya selama tiga hari di beberapa cawangan tertentu sahaja sebelum ini.

Seorang pengguna Twitter baru-baru ini berkongsi tentang berita ini di media sosial selepas dia mencubanya dan mengesahkan bahawa Ayam Goreng McD ini benar-benar sangat pedas! Tulisnya, ayam ini begitu pedas sehingga dia menggambarkan bahawa ayam goreng ini seperti datang dari lapisan ketujuh neraka!

Memang pedas sungguh!

Walau bagaimanapun, kerana tahap kepedasan yang melampau, pihak McDonald’s turut memberi peringatan kepada pelanggan untuk menanggung sendiri ‘akibat’ dari memakan menu ini.

Twitter

Terdahulu dilaporkan bahawa 3X Extra Spicy Ayam Goreng McD akan dijual pada harga bermula RM10 untuk dua ketul ayam ala carte. Sementara itu, bagi set McValue Meal, menu ini akan dijual dengan harga RM13.99, RM27 untuk 5 ketul Share Box dan RM45 untuk 9 ketul Share Box.

Twitter

Netizen juga ada menyatakan bahawa hidangan set baru dengan tiga ketul ayam akan dijual bagi mereka yang ingin menikmati lebih banyak ayam goreng. Walau bagaimanapun, harga untuk set baru ini masih belum lagi diumumkan. Pihak McDonald’s juga masih belum membuat sebarang pengumuman rasmi mengenai item menu baru ini.

Sumber: World of Buzz

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI

Video Popular