Bidang nyanyian bukanlah satu bakat yang dimiliki oleh semua orang. Ada yang mempunyai bakat nyanyian sekadar biasa-biasa sahaja dan ada pula yang bersuara lunak bak buluh perindu.

Tetapi bagaimana pula dengan orang yang suka menyanyi dan menyangka dirinya berbakat tetapi sebenarnya bersuara sumbang?! Kita yang menjadi pendengar ini pasti rasa macam nak menangis bukan?

Tetapi, baru-baru ini seorang remaja Malaysia telah menjadi topik utama di media sosial apabila beberapa video nyanyiannya berjaya memukau hati warganet. Hal ini demikian kerana dia bukan sahaja memiliki suara yang lemak merdu tetapi juga mampu meniru gaya nyanyian penyanyi nombor satu negara, Dato’ Siti Nurhaliza!

Menerusi tweet yang dikongsikan oleh @alishahabuddin_, pengguna Twitter ini telah memuat naik video rakannya sedang menyanyi dengan suara persis penyanyi legenda negara itu. 99% sama! Apa yang mengejutkan lagi adalah pemilik suara itu merupakan seorang remaja lelaki yang lebih mesra dengan panggilan Amir.

Dalam satu video yang tular itu, Amir dilihat mendendangkan salah satu lagu popular Dato’ Siti iaitu Comel Pipi Merah. ‘Persembahan’ nyanyian tersebut dilakukan setelah salah seorang pensyarahnya meminta Amir untuk menyanyikan lagu berkenaan.

Dalam satu lagi video, Amir turut menyanyikan lagu terkenal sepanjang zaman berjudul Nirmala. Amboi, bukan calang-calang bakat yang dimiliki oleh Amir ini ya? Tidak hairanlah mengapa majoriti warganet menjadi kagum dan segera membanjiri ruangan komen dengan kata-kata pujian…

“Kenapa aku rasa dia macam lip sync (gerakan mulut tanpa suara) tapi sebenarnya tidak. Menakjubkan!”.

“Kalau tengah berborak dalam telefon, mesti kita tak tahu dia sebenarnya lelaki”.

“Bagi suara itu dekat aku. Aku yang perempuan ini pun suara macam lelaki”.

Mungkin suatu hari nanti Amir boleh membuat persembahan nyanyian dan digandingkan bersama penyanyi sebenar, Dato’ Siti Nurhaliza. Pasti akan menjadi satu konsert yang epik!

Sumber: World of Buzz, Twitter

Maybe you're interested :

Share
Kategori: HIBURAN NASIONAL VIDEO

Video Popular