- Era Baru Malaysia - http://www.erabaru.com.my -

‘Gaya rambut’ kucing ini sungguh unik dan membuatkan warganet terhibur melihatnya!

Setiap kucing memiliki ciri-ciri karakteristik masing-masing. Jika dilihat dari segi tingkah laku, ada kucing yang lincah, gemar menyendiri, terlebih manja dan ada juga yang enggan didekati oleh sesiapa pun. Dari segi luaran pula, terdapat pelbagai jenis baka kucing yang ada di dunia ini seperti Bengal, kucing Parsi, kucing kampung dan macam-macam lagi.

Menariknya mengenai kucing yang akan ditunjukkan dalam artikel ini, si comel bernama Omame ini menjadi bintang sensasi media sosial setelah beberapa gambarnya menular.

Apa yang menjadikan kucing ini sebagai tarikan warganet adalah corak di kepalanya yang kelihatan seperti ‘gaya rambut’ watak animasi Jepun iaitu Chibi Maruko Chan!

Lihat dengan lebih teliti, corak di kepala Omame ini kelihatan seperti potongan rambut yang tidak rata dan ianya sangat melucukan sehingga ada pengguna Twitter memberi komen berbunyi:

“Di salun mana agaknya Omame mendapatkan perkhidmatan gunting rambut seperti ini?”

Sudahlah matanya bulat, berbadan gempal pula, fesyen rambut Omame yang unik ini sememangnya dapat menarik perhatian sesiapa sahaja yang melihatnya. Tidak hairanlah bagaimana Omame boleh menjadi tular secara tiba-tiba! Comel sangat!

Meskipun ada warganet yang mentertawakan ‘rambut’ Omame, pada mata admin Omame sememangnya seekor kucing yang sangat comel dan menggeramkan! Tiada siapa pun yang dapat menandingi kecomelan Omame dalam menggayakan fesyen rambut sebegitu!

Sumber: Happy Share [1]

loading...