Seorang lelaki warganegara Malaysia dijatuhi hukuman penjara lapan dan setengah tahun pada 15 Julai selepas mengaku bersalah menyebabkan kematian seorang lelaki pada 33 tahun yang lalu.

Lelaki berkenaan, Arumugam Veerasamy, yang pernah bekerja di Singapura pada tahun kejadian, telah pergi menemui bekas majikannya yang merupakan mangsa, Muthiah pada 28 Ogos 1986 untuk berbincang berkenaan gajinya yang belum dibayar yang berjumlah SGD 1,000 (kira-kira RM 3,027).

Gambar Hiasan | ROSLAN RAHMAN/AFP/Getty Images

Menurut MS News, Mutiah menjelaskan bahawa dia tidak dapat membayar gaji Arumugam kerana dia sendiri tidak dibayar oleh majikannya. Setelah menghabiskan beberapa botol bir, mereka mula bergaduh dan Arumugam bertindak mengambil tukul yang berada berhampirannya dan memukul mangsa menggunakan tukul di bahagian kepala dan dada.

Arumugam kemudiannya dilaporkan meninggalkan mangsa yang dalam kesakitan dan menyeberangi Tambak ke Johor Bahru.

Menurut Channel News Asia (CNA), seorang pekerja Muthiah menemui Muthiah dalam keadaan terbaring dan tidak bergerak di pondok pada malam itu dan membuat panggilan polis.

Gambar Hiasan | Hyeongmin – Unsplash

Polis kemudian mengeluarkan waran untuk penangkapan Arumugam berdasarkan nama pada permit pekerjaannya. Walau bagaimanapun, nama sebenar Arumugam tersalah ejaan dengan nama di dalam permit pekerjaannnya, sekaligus membuatkan misi untuk menangkap Arumugam menjadi mustahil.

Arumugam kemudiannya dikaitkan semula dengan jenayah yang pernah dilakukannya dahulu hanya selepas teknologi cap jari diperkenalkan di pusat pemeriksaan sempadan Singapura pada tahun 2006.

Gambar Hiasan | Click.In

Arumugam ditangkap pada tahun 2016 ketika dia cuba untuk memasuki Singapura melalui pemeriksaan Woodlands.

Menurut peguam bela Arumugam, Siraj Shaik Aziz, yang mengambil kes itu secara pro-bono, Arumugam tidak tahu bahawa dia dikehendaki kerana telah membunuh mangsa, yang masih hidup ketika kali terakhir dia melihatnya.

Siraj juga mengatakan bahawa anak guamnya telah masuk ke Singapura beberapa kali sebelum ini dan tidak menyedari bahawa dia dikehendaki oleh pihak berkuasa atas kes berkenaan, lapor CNA.

Sumber: SAYS

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL

Video Popular