Balaeniceps rex atau lebih dikenali sebagai Shoebill secara amnya ditakrifkan sebagai sejenis burung seakan-akan patung kerana suka berdiri dalam jangka masa yang lama.

Shoebill juga tidak gemar apa-apa jenis gangguan daripada manusia. Jika diganggu, mereka akan meninggalkan sarang dan mencari tempat tinggal yang lain. Sungguhpun begitu, ketika sedang mencari makan di kawasan berumput, mereka tidak begitu takut akan kehadiran manusia.

Pixabay/Gambar Hiasan

Spesies burung ini mudah dikenal pasti ekoran ciri yang sedikit berbeza dengan burung yang lain, contohnya bulu Shoebill lazimnya bewarna kelabu kebiru-biruan manakala warna ekornya sama dengan warna pada sayap.

Apabila mereka sedang terbang, kakinya akan dipanjangkan sehingga ke ekornya sekali gus memudahkan kita untuk mengenalpastinya.

Baru-baru ini, difahamkan bahawa hujan lebat melanda di Kobe Animal Kingdom, Jepun dan seperti yang kita boleh jangkakan, Shoebill yang gemar berdiri lama di satu tempat ini bertindak melakukan perkara yang sama walaupun hujan lebat mencurah-curah.

Lihatlah gaya Shoebill ini berdiri, tidak ubah seperti seorang adiwira yang bersedia untuk menewaskan lawannya

Twitter|@silverkm

Tidak peduli akan hujan langsung, Shoebill ini hanya menggerakkan kepala dan mengelipkan matanya sahaja di dalam hujan

Twitter|@silverkm

Insiden yang boleh dianggap lucu itu telah dirakamkan oleh seorang pengunjung di situ, yang kemudiannya memuat naik video tersebut ke laman Twitter menggunakan akaun @silverkm. Ayuh kita saksikan:

Rakaman ini mendapat perhatian daripada pengguna di laman sosial, di mana rata-rata pengguna berasa sungguh terhibur dengan reaksi burung itu, dan ada juga individu yang berasa mahu sahaja memayungkan burung itu ketika hujan lebat. Kasihan juga melihatnya di dalam hujan!

Ternyata burung botak ini agak unik dan bersifat tenang sahaja ya! Spesies burung ini jarang berhijrah dan jika mereka berbuat demikian, mungkin ia disebabkan oleh perubahan habitat, sumber makanan dan gangguan oleh manusia.

Ekoran habitat mereka yang semakin berkurangan, dilaporkan populasi burung ini hanya tinggal 5,000 hingga 8,000 ekor sahaja.

Sumber: Cocomy, k-ji | Twitter

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona VIDEO

Video Popular