DENPASAR: Gempa bumi bawah laut berukuran 5.7 magnitud dilapor melanda destinasi pelancongan terkenal Bali di Indonesia, awal pagi semalam sehingga mencetuskan rasa panik dalam kalangan pelancong dan penduduk sebelum bergegas menyelamatkan diri.

Agensi Pemantauan Gempa Bumi Eropah (EMSC) berkata, tiada laporan kerosakan atau kematian akibat gempa tersebut serta tiada amaran tsunami dikeluarkan oleh Pusat Amaran Tsunami Pasifik yang berpangkalan di Hawaii.

SONNY TUMBELAKA/AFP/Getty Images

Memetik Astro Awani sebagai berkata, gempa berkenaan dilaporkan berukuran 102 kilometer (km) barat daya dari Denpasar dengan kedalaman 100 km kira-kira pukul 8 pagi.

Keadaan tersebut mengundang rasa panik dalam kalangan penduduk setempat dengan saksi melaporkan mereka menyaksikan keadaan dinding rumah mereka bergegar sebelum melarikan diri.

Penduduk Kuta, Canggu,Seminyak dan Ubud yang merasai gegaran berkenaan berkongsi pengalaman masing-masing ketika kejadian tersebut berlaku.

“Saya masih berbaring di katil apabila gegaran berlaku, saya berasa amat takut kerana bimbang terjadinya tsunami,” kata saksi dari Kuta yang dipetik Sinar harian.

Manakala pelancong yang menginap di Hilton Garden Inn di Bali pula mengakui terjaga akibat gegaran yang kuat. Namun, tiada sebarang kerosakan berlaku.

Kesan daripada gegeran berkenaan beberapa buah sekolah di Nusa Dua, Jimbaran, Ungasan terpaksa ditutup berikutan berlaku kerosakan kecil dan merbahaya kepada pelajar.

SONNY TUMBELAKA/AFP/Getty Images

Sementara, sebuah video yang tular dalam Facebook Ahad lalu menunjukkan ribuan ikan terdampar di Pantai Canggu, Bali, dianggap sebagai petanda akan berlakunya gempa bumi tersebut.

Agensi Meteorologi Geofisika Indonesia dalam kenyataan menyebut, gempa itu turut dirasai di bandar-bandar lain di Indonesia seperti Lombok dan Jawa.

Negara Indonesia kerap mengalami gempa bumi yang menyebabkan tsunami, kerana negara berkenan terletak pada lingkaran api Pasifik yang seismik aktif.

Sumber: Sinar Harian, Astro Awani, Utusan Online

 

 

 

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL

Video Popular