Roti kegemaran rakyat Malaysia sudah semestinya roti Gardenia. Ia menjadi makanan pengalas perut ketika lapar atau menjadi makanan segera di waktu pagi ketika kita begitu sibuk untuk menikmati sarapan yang lengkap.

Juga ketika sedang pokai, roti Gardenia berharga RM0.90 hingga RM2.00 boleh sahaja kita beli di kedai serbaneka atau kedai runcit.

Kebanyakan rakyat Malaysia di Semenanjung sudah biasa mengamalkan cara bajet seperti ini. Tetapi bagi orang yang datang dari  Sabah dan Sarawak, mereka tidak dapat menikmati roti Gardenia yang enak dan murah di sana.

@pikijat/Twitter

Maka ketika berada di Semenanjung, mereka akan mengambil peluang membeli pelbagai roti Gardenia di sini dan mengisinya ke dalam kotak yang besar seperti tiada roti Gardenia di sana.

Persoalan yang perlu ditanya. Jawapannya pula ya, terdapat produk roti Gardenia di Sabah dan Sarawak, tetapi apabila anda mendengar harganya, ia akan membuat anda membuka mulut yang lebar!

Netizen Trash (@pikijat)  berasal dari Sarawak, berkongsi di lamanTwitternya dengan menunjukkan sekotak penuh roti Gardenia yang dibawa bersama dengannya dari Kuala Lumpur, dengan kapsyen, “Orang Sarawak yang tipikal ketika pulang dari KL.”

Kita orang Semenanjung mungkin berasa hairan dan tidak memahami kesukaran orang Sabah dan Sarawak dengan mengatakan apa sangat yang dihairankan dengan roti Gardenia ini memandangkan kita boleh membelinya di mana-mana sahaja di sini dan juga ia terdapat di Sabah dan Sarawak juga. Harga roti yang murah kurang daripada RM1.00.

Maka untuk membuat kita faham, seseorang perlu menerangkannya mengapa mereka beria-ria membeli roti Gardenia yang banyak di sini untuk dibawa pulang ke Sabah dan Sarawak.

Untuk pengetahuan warga Semenanjung, harga sebuku roti manis Gardenia boleh mencapai harga hampir RM10.00 di Sabah dan Sarawak, sementara kita di sini boleh membelinya dengan harga RM2.50. Perbandingan yang amat besar harganya.

@pikijat/Twitter

Manakala, harga roti krim RM0.90 yang kita selalu makan ketika masa-masa sukar itu dijual dengan harga RM2.30 di sana, perbezaan harga sebanyak 3 kali ganda yang boleh menyebabkan hidup kita semakin sukar dengan hanya memakan roti. 

@pikijat/Twitter

Sesetengah netizen turut menjelaskan mengapa roti ini bukan sahaja mahal tetapi juga agak sukar didapati di Sabah dan Sarawak.

Netizen ini menulis “Bagi mereka yang bertanya mengapa roti Gardenia mahal sangat di Sabah dan Sarawak. Ini kerana kos untuk membawa roti itu yang mahal kerana roti dibawa melalui penerbangan kerana ia makanan yang dibakar dan hanya boleh kekal bertahan selama 3 hingga 4 hari. Jadi kos penerbangan dan logistik serta penghantarannya telah menjadikan roti itu menjadi mahal.”

@pikijat/Twitter

Tambahan pula, produk roti Gardenia di seluruh Semenanjung Malaysia diagihkan oleh Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd (GBKL), manakala roti Gardenia di Sabah dan Sarawak diagihkan oleh Gardenia Food Industries Sdn Bhd, yang merupakan syarikat dari entiti yang berbeza. Mereka juga tidak dibenarkan untuk menjual produk roti ke wilayah lain melainkan hanya di Sabah dan Sarawak.

Orang Sabah dan Sarawak juga lebih sukakan roti Gardenia yang dibakar di Semenanjung kerana rasanya lebih enak dan kualitinya lebih baik serta harganya lebih murah berbanding produk roti Gardenia yang dihasilkan di Sabah dan Sarawak.

@bernamadotcom/Twitter / Gambar Hiasan

Jadi, sekiranya anda mahu berkunjung ke Sabah dan Sarawak untuk melawat sahabat atau saudara, pastikan anda membawa pelbagai produk roti Gardenia bersama kerana mereka pasti menyukainya sebagai hadiah dan buah tangan.

Sumber : @pikijat/Twitter , World of Buzz

Maybe you're interested :

Share

Video Popular