Kita sedia maklum, pada hari ini terdapat ramai graduan yang sudah lama menamatkan pengajian tetapi masih menganggur dan sukar mendapat pekerjaan tetap. 

Setiap graduan lepasan universiti sudah pasti mengharapkan pekerjaan yang baik serta sesuai dengan bidang yang diambil semasa pengajian. Namun begitu, akibat pasaran pekerjaan yang ditawarkan agak terhad disamping terdapat persaingan di kalangan ribuan graduan yang baru menamatkan pengajian, maka terdapat ramai graduan yang masih menganggur.

Akan tetapi, tidak semua graduan yang berfikiran untuk terus memikirkan diri menjadi penganggur dan menunggu sahaja pekerjaan tetap itu tiba di atas riba. Tiada salah sekiranya mereka melakukan pekerjaan di luar bidang yang dipelajari di universiti, kerana ia juga mampu menjana pendapatan setiap hari.

@MurahRezekiMiL/Twitter

Seorang pemuda dan graduan Pengurusan Industri dari salah sebuah universiti tempatan mengambil keputusan untuk mencuba kerjaya menjadi badut sebagai sumber pendapatan seharian sementara menunggu menerima tawaran pekerjaan tetap.

@MurahRezekiMiL/Twitter

Pemuda bernama Azmil ini berkongsi di laman Twitter miliknya dengan menyebarkan info mengenai pekerjaan sambilannya sebagai badut dan menawarkan servis untuk semua acara keraian dan hiburan bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan khidmatnya.

@MurahRezekiMiL/Twitter

Sebagai seorang badut, Azmil menawarkan kepakarannya untuk menghiburkan kanak-kanak seperti membuat belon pelbagai bentuk, melakukan silap mata, dan menjalankan beberapa aktiviti permainan yang menyeronokkan dalam apa juga majlis.

@MurahRezekiMiL/Twitter

Menurut Azmil dalam Twitternya, daripada terus menunggu pekerjaan tetap, adalah lebih baik dia melakukan pekerjaan sambilan ini dan ia sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban kewangan keluarganya.

@MurahRezekiMiL/Twitter

@MurahRezekiMiL/Twitter

Rata-rata netizen memuji sikap Azmil yang tidak memilih pekerjaan sementara mendapat pekerjaan tetap dan mendoakan kemurahan rezeki untuknya.

@MurahRezekiMiL/Twitter

Syabas kepada usaha yang dilakukan oleh Azmil. Semoga anda mendapat pekerjaan tetap yang diidamkan kelak dan selamat maju jaya dalam apa juga bidang yang diceburi!

Sumber : @MurahRezekiMiL/Twitter

Maybe you're interested :

Share

Video Popular