Kita memang sering berhati-hati dengan apa yang kita makan kerana takut akan memudaratkan kesihatan. Kita akan pastikan makanan tersebut bersih dan tidak tercemar. Namun sedarkah kita peralatan memasak yang digunakan juga merupakan salah satu faktor yang menyumbang kepada masalah kesihatan? 

Seorang pengguna Facebook, Dr.Rizal Abu Bakar yang merupakan seorang doktor telah berkongsi penggunaan peralatan memasak juga penyumbang kepada penyakit seperti kanser. Ini kerana, peralatan memasak tersebut mampu membebaskan toksik yang akhirnya memberi kesan kepada kesihatan kita.

pxhere

Menurut Dr Rizal Abu Bakar, wok, periuk, kuali dilapisi salutan teflon dengan tujuan makanan yang dimasak tidak melekat pada permukaan peralatan memasak tersebut. Peralatan memasak tersebut mampu membebaskan bahan kimia yang dapat mengubah hormon kita termasuklah peralatan yang diperbuat daripada aluminium dan copper.

Kata Dr Rizal Abu Bakar lagi, peralatan memasak tidak melekat mempunyai bahan kimia seperti PFOA dan PTFE.

PFOA ialah “perfluorooctanoic acid”, iaitu sintetik ciptaan yang juga diguna untuk fabrik dan karpet kalis kotor. Bahayanya PFOA ialah bahan kimia tersebut akan diserap ke dalam tubuh dan persekitaran kita.

maxpixel

PFOA akan mengganggu sistem endokrin dan membawa kita kepada risiko kanser. Selain itu, kita akan terdedah dengan penyakit kolestrol tinggi, gangguan pada pundi kencing, buah pinggang rosak, kanser testicular pada lelaki, kerosakan pada hati dan darah tinggi.

Manakala PTFE pula ialah “polytetrafluoroethylene”, sejenis fluoropolymer yang mengandungi karbon dan florin yang mana bahayanya hampir sama seperti PFOA.

Oleh itu, kita disarankan untuk menggunakan peralatan memasak yang diperbuat daripada bahan seperti batu, berlian, marble, seramik, titanium dan porselin kerana bebas daripada salutan bahan bertoksik.

GoShop

Selain itu, kita juga perlu tahu cara penggunaan peralatan memasak tersebut seperti tidak memanaskan periuk atau kuali tanpa minyak. Gunakan spatula, senduk kayu dan elakkan guna sudip atau senduk besi supaya kuali dan periuk tidak calar.

Jika kita dapati peralatan memasak sudah calar dan rosak, buangkan sahaja kerana nilai kesihatan kita lebih mahal daripada peralatan tersebut.

Sumber: DrRizal Abu Bakar

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP KESIHATAN

Video Popular