Anda pernah melihat budak berusia dua tahun menjadi ‘tetamu kehormat’ di majlis graduasi? Jika tidak pernah, anda perlu menonton video ini. Budak kecil ini nampaknya berjaya menarik perhatian graduan pada hari itu.

Dia yang lagak seperti ‘tetamu kehormat’ berjalan sambil bersalaman dengan para graduan. Dia adalah anak kepada salah seorang graduan yang menerima anugerah Doktor Falsafah.

South China Morning Post|Facebook

Para graduan dilihat terhibur melihat keletahnya dan menghulurkan tangan untuk bersalaman dengannya. Dia seolah-olah menjadi tumpuan utama pada majlis graduasi tersebut.

South China Morning Post|Facebook

Lagaknya yang seperti seorang ‘tetamu kehormat’ sedang berjalan ternyata telah menghiburkan tetamu serta graduan pada hari itu.

Setelah penat berjalan dan bersalaman dengan ramai orang, si comel ini berlari menuju ke bapanya.

South China Morning Post|Facebook

Satu hari nanti, dia mungkin ditakdirkan untuk menjadi orang penting kerana bakatnya sudah boleh dilihat walaupun baru berusia dua tahun.

Berikut adalah video si comel tersebut:

Sumber: South China Morning Post|Facebook

 

Maybe you're interested :

Share

Video Popular