NUR SULTAN : Atlet para kebangsaan, Bonnie Bunyau Gustin sekali lagi menggegarkan dunia apabila meraih pingat emas dalam Kejohanan Dunia Para Powerlifting di Kazakhstan, baru-baru ini.

Atlet kelahiran Sarawak itu membuktikan beliau berada di kelas tersendiri apabila meraih dua pingat emas dan berjaya memecah satu rekod dunia dalam masa tiga hari.

Bonnie turut mengejutkan dunia apabila menewaskan juara Paralimpik, Paul Kehinde dari Nigeria dan Liu Lei dari China.

Pemegang rekod dunia remaja itu melakukan angkatan 190kg sekali gus muncul juara dalam acara bawah 65kg (below) lelaki pada kejohanan yang berlangsung di Astana Congress Center bermula 13 julai hingga 20 Julai.

Beliau memulakan aksi dengan melakukan angkatan seberat 170kg diikuti 180kg pada cubaan kedua dan berakhir dengan 190kg yang membawa kepada kemenangannya.

Gambar Hiasan | Mark Metcalfe/Getty Images

Pencabar terdekat dari Iraq, Ahmed Al-Karkhi hanya berjaya membuat satu angkatan seberat 140kg sahaja.

Kejayaan yang diperoleh itu sekali gus melayakkan atlet berusia 19 tahun itu beraksi di Sukan Paralimpik Tokyo 2020.

 “Saya sangat gembira. Saya tidak menyangka akan dapat memenangi pingat emas kerana ramai pesaing yang kuat dalam kategori saya.

“Tetapi saya yakin dengan diri sendiri, dengan kerja keras dan disiplin yang telah saya ikuti dalam sesi latihan. Ini adalah kejayaan terbesar saya,” ujarnya yang dipetik dalam laman web Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC).

Hocine Bettir dari Algeria dan atlet angkat berat dari Iran, Amir Jafari Arangeh, menamatkan saingan dengan masing-masing meraih pingat perak dan gangsa selepas melakukan angkatan seberat 194 kg dan 193 kg.

Pemenang pingat emas Paralimpik tiga kali, Liu Lei dari China, mendapat tempat keempat selepas membuat satu angkatan 190 kg manakala juara bertahan Paralimpik, Paul Kehinde yang juga pemegang rekod dunia acara itu, gagal menamatkan kedudukan podium selepas tiga angkatannya batal.

Sumber: Say.com, Bernama

 

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL SUKAN

Video Popular