Tahukah anda, minda bawah sedar kita mampu ‘membaca’ diri kita dengan tepat, tanpa kompromi dan tidak boleh ditipu sama sekali.

Mata anda mungkin melihat imej keseluruhan, tetapi minda anda cenderung untuk mengutamakan apa yang sepadan dengan perasaan anda dan apa yang mengganggu anda pada masa ini.

Alena Sofronova/Bright Side

Oleh itu, menerusi ujian personaliti yang mudah ini, anda mungkin dapat merungkai perkara yang mungkin sedang mengganggu anda buat masa ini. Selamat mencuba!

1. Harimau kumbang

Alena Sofronova/Bright Side

Sekiranya haiwan pertama yang anda lihat adalah harimau kumbang, sebab utama yang menekan anda adalah hubungan peribadi anda.

Anda merasakan bahawa anda kehilangan hubungan dengan orang yang anda sayangi dan kadang-kadang anda tidak pasti hala tuju hubungan anda.

Cuba ingat kembali kenangan tentang perasaan anda ketika anda baru memulakan hubungan, dan mungkin apa yang anda perlu lakukan hanyalah bercakap tentang apa yang mengganggu anda. Percayalah, komunikasi adalah kunci untuk menyelesaikan masalah peribadi.

2. Singa

Alena Sofronova/Bright Side

Jika anda melihat singa terlebih dahulu, anda mungkin sedang berjuang untuk menangani semua tanggungjawab yang anda tanggung untuk masa yang lama.

Anda sudah terbiasa untuk mengambil berat bagi segala-galanya dan menjaga semua orang, sehingga menyebabkan anda mula melupakan diri anda.

Keluarga dan rakan anda menganggap bahawa anda adalah seorang yang tabah dan boleh mengendalikan apa-apa halangan yang datang, tetapi hakikatnya anda merasakan bahawa anda sudah tidak mampu dan suatu perkara yang kecil sahaja sudah boleh membuatkan anda patah semangat.

Tahukah anda, tidak salah untuk mementingkan diri dalam beberapa perkara dan mungkin ini adalah masa yang terbaik untuk memanjakan diri dan mencari semula semangat yang semakin pudar.

3. Kuda belang

Alena Sofronova/Bright Side

Sekiranya haiwan pertama yang anda lihat adalah kuda belang, kebimbangan terbesar anda adalah mengenai kesihatan anda atau kesihatan seseorang dalam keluarga anda.

Kebimbangan yang sedikit tentang kesihatan sebenarnya adalah perkara yang baik kerana perasaan ini boleh menggalakkan kita untuk mempunyai gaya hidup yang sihat, bagaimanapun, jika perasaan ini menjadi simptom kebimbangan kesihatan (health anxiety) yang serius, anda mungkin tidak berada dalam keadaan yang baik.

Sentiasalah beringat bahawa tiada gunanya untuk berasa bimbang tentang sesuatu yang tidak dapat anda kawal atau ubah. Cuba jalani hidup anda dengan sihat dan nikmati setiap satu momen yang anda lalui.

4. Zirafah

Alena Sofronova/Bright Side

Jika zirafah adalah haiwan pertama yang anda lihat, anda mungkin sedang bimbang dengan pekerjaan anda dan merasa sangat tidak selamat dari segi kewangan.

Malangnya, hari ini ramai orang perlu berdepan dengan tekanan jangka panjang di tempat kerja dan kekal bertahan apabila ekonomi semakin merudum.

Sebaliknya, teknologi sedang berkembang dengan pesat sehingga kita semua perlu belajar sesuatu yang baru untuk terus maju. Jika anda merasakan bahawa pekerjaan anda mungkin telah berubah dan memerlukan beberapa kemahiran baru yang anda tidak begitu yakin, jujurlah dengan diri anda, akui kekurangan diri dan cuba perbaikinya.

5. Burung biru

Alena Sofronova/Bright Side

Jika burung biru adalah objek pertama yang anda lihat, anda mungkin sedang berasa sedikit kehilangan dan kesepian.

Dalam masyarakat moden, kita lazimnya berhubung melalui pesanan mesej, e-mel, dan gambar. Perkembangan ini tidak dinafikan sememangnya bagus, bagaimanapun, ramai orang yang sudah terlalu biasa dengan komunikasi maya sehingga menyebabkan mereka tidak merasa selesa untuk berkomunikasi di alam nyata. Dan apabila mereka merasa terpencil dan kesepian, mereka tidak tahu cara untuk keluar dari ‘gelembung’ ini.

6. Burung

Alena Sofronova/Bright Side

Jika anda melihat 2 burung terlebih dahulu, anda mungkin berasa sedikit kesepian.

Anda mahu bercakap dengan seseorang tentang perasaan anda tetapi tidak berasa selesa kerana anda fikir bahawa mereka tidak sesuai untuk diceritakan. Jangan pendam perasaan anda dan percayalah pada rakan dan keluarga anda.

Anda sentiasa merupakan seorang yang bebas dan selama bertahun-tahun belajar cara untuk berdikari. Itulah sebabnya rakan anda mungkin tidak menyedari bahawa anda memerlukannya sekarang.

Ketahuilah, berkongsi perasaan tidak menunjukkan bahawa anda lemah.

Sumber: Bright Side

Maybe you're interested :

Share

Video Popular