Haiwan liar jarang sekali mahu berada dekat dengan manusia. Mereka biasanya takut mereka akan diancam manusia dan sedaya upaya untuk melarikan diri.

Namun, lain pula yang berlaku kali ini apabila seekor ikan pari manta ray dikatakan tidak berganjak walaupun ketika didatangi oleh sekumpulan penyelam. Kejadian tersebut telah berlaku kepada sekumpulan penyelam di Ningaloo Reef di Australia yang dikatakan telah menjadi rumah buat seekor ikan pari yang bernama Freckles.

Jake Wilton ialah seorang jurugambar bawah laut yang juga merupakan pengajar penyelam sering menyelam berhampiran dengan Ningaloo Reef.

Pada suatu hari, ketika dia menyelam dia melihat Freckles dan cuba untuk menghampiri haiwan itu. Freckles dikatakan berusia kira-kira 30 tahun dan mempunyai sayap sebesar 3 meter, yang jika dilihat di dalam air kelihatan sangat besar dan luar biasa. 

Pada mulanya Jake berfikir bahawa ikan pari ini mahu bermain dengan orang ramai tetapi rupa-rupanya ada hal lain yang berlaku. Selepas memerhati, Jack melihat ada sebentuk cangkuk yang tersangkut pada mata haiwan tersebut. Jika mata kail tersebut tidak dicabut Freckles akan tercedera sehingga mengancam nyawa haiwan itu sendiri.

Jake kemudian segera mencabut cangkuk tersebut dan Freckles ketika itu hanya sabar menunggu Jack dengan kerja-kerja untuk menyelamatkannya. Freckles seolah-olah tahu bahawa Jake sedang menolongnya sehingga membuatkannya tidak melawan dan hanya tetap di situ bersama Jake.

Setelah berjaya membuang cangkuk tersebut, Jake menyelam lagi dan memeluk Freckles yang masih sedang menunggunya. Dia kemudian mengucapkan selamat tinggal kepada Freckles dan mengucapkan “selamat tinggal, jaga diri!”

Saksikan sendiri detik-detik yang mendebarkan itu di dalam video tersebut. Freckles pastinya sangat berterima kasih kepada Jake kerana bukan sahaja menolongnya bebas daripada kesakitan malah telah cuba untuk menyelamatkan nyawanya.

Sumber: COCO

Maybe you're interested :

Share

Video Popular