Kucing dikenali sebagai haiwan yang mempunyai pelbagai bakat. Kucing hebat memburu, sangat pandai memanipulasi manusia untuk mendapatkan makanan, dan nampaknya, kucing juga boleh menjadi pelakon yang menakjubkan.

Seperti kucing hitam ini, Lizzy yang kini menjadi sensasi di Instagram disebabkan oleh bakatnya yang pandai berlakon dan kemahiran tuannya, Thibault (Tibo) Charroppin dalam menyunting video.

Video yang disunting oleh Charroppin dimuat naik ke halaman Instagram, Owl Kitty. Charroppin menyunting video dengan memasukkan kucing kesayangannya itu untuk menggantikan watak dalam sesebuah filem.

Charroppin merupakan penyunting video yang sangat berbakat kerana hasil kerjanya sangat menakjubkan. Ternyata ramai yang terhibur dengan video-video yang dimuat naik oleh Charroppin. Beberapa video Owl Kitty mendapat  lebih satu juta pandangan dan akaun Instagram Owl Kitty memiliki 438 ribu pengikut.

Berikut adalah beberapa videonya yang begitu menghiburkan:

#1. The Lion King

#2. Pirates of the Caribbean

#3. Avengers

#4. John Wick

#5. Star Wars

#6. The Hobbit

#7. The Shining

#8. Titanic

#9. Jurassic Park

#10. How to Train Your Dragon

Lawati akaun Instagramnya, Owl Kitty untuk melihat video-video yang lain.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share

Video Popular