Seorang guru yang baik bukan sahaja mengambil peduli hal ehwal pendidikan para pelajar, malahan perkara lain juga seperti masalah peribadi yang mungkin akan turut mengganggu dan memberi kesan kepada pembelajarannya.

Seperti seorang guru bernama Cikgu Farrah Norashikin Juhari dari Kedah yang telah bertindak di luar bidang kuasa seorang guru untuk menyelesaikan masalah kebersihan salah seorang pelajarnya sehingga menerima teguran guru lain.

Cikgu Farrah Norashikin, 37 tahun yang mengajar di sebuah sekolah rendah di daerah Kota Setar berkongsi di laman Facebook mengenai salah seorang pelajarnya yang memakai baju sekolah yang amat kotor setiap hari ke sekolah tanpa dibasuh selama berminggu-minggu.

Farrah Norashikin Juhari/Facebook

Para pelajar dan guru lain hanya memandang dan mencemuh pelajar ini sehingga Cikgu Farrah tidak sanggup lagi melihatnya lalu membuat keputusan untuk mengambil tindakan.

Katanya, “Saya sudah lama bertanya dan menegur dia. Tetapi saya rasa baju itu masih tetap sama, tidak berbasuh melihatkan kesan kekotoran yang sama di tempatnya seperti di bahagian dada dan perut. Saya rasa bukan seminggu baju itu tidak dibasuh, malah sudah berminggu-minggu. Apabila saya tanyakan lagi hal itu kepadanya, dia hanya menjawab ibu dia sudah basuh. Cara dia jawab macam ada yang tidak kena, kerana mahu berselindung.”

Farrah Norashikin Juhari/Facebook

Oleh kerana berasa geram dan tidak tahan lagi melihat kekotoran pakaian seragam sekolah anak muridnya ini, Cikgu Farrah telah membawanya ke rumah dan merendam baju itu selama dua hari sebelum menyentalnya untuk membuang kesemua kekotoran yang degil.

Farrah Norashikin Juhari/Facebook

Dalam laman Facebook, Cikgu Farrah menerangkan tindakannya itu bukan kerana mahu memalukan ahli keluarga pelajar terbabit atau mana-mana orang. Beliau secara jujur mengambil berat akan pelajar ini dan hanya mahu membantu kerana tidak mahu orang lain terus mencemuh dan mengejeknya.

Di samping itu, Cikgu Farrah berharap ibu bapa pelajar ini akan mengambil berat tentang kebajikan anak mereka dan menjaga kebersihan kerana ia merupakan satu perkara asas yang penting.

Farrah Norashikin Juhari/Facebook

Niat Cikgu Farrah yang ikhlas ingin membantu ketika orang lain tidak mahu mengambil langkah tetapi terus memperkatakan pelajar ini. Jadi, Cikgu Farrah tidak melakukan apa-apa kesalahan kerana beliau telah mengambil langkah yang betul. Tindakannya itu juga mungkin akan memberi kesan yang positif kepada pelajar ini di masa hadapan.

Tonton video di bawah :

Farrah Norashikin Juhari/Facebook

Sumber : Farrah Norashikin Juhari/ Facebook

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona VIDEO

Video Popular