Tujuh buah daerah di Lembah Klang bakal berhadapan dengan masalah gangguan bekalan air selama 84 jam bermula pada 23 Julai ini. Menurut laporan Free Malaysia Today, pengumuman itu telah dibuat oleh Pengurusan Air Selangor (SYABAS) awal pagi tadi.

Antara daerah yang terjejas adalah Petaling, Klang/Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor dan Kuala Selangor, di mana ia berlaku susulan kerja-kerja penambahbaikan di loji rawatan air untuk meningkatkan kecekapan bekalan air kepada pengguna di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Difahamkan juga terdapat sebanyak 15 buah Pusat Khidmat Setempat (PKS) akan diaktifkan pada 25 Julai ini, bermula jam 8 pagi. Walau bagaimanapun, tempoh gangguan dan pemulihan bekalan adalah berbeza-beza mengikut kawasan bergantung pada lokasi.

Kerja-kerja penambahbaikan ini akan menyebabkan hentitugas loji sepenuhnya. Senarai lengkap kawasan terjejas boleh dilihat menerusi laman web rasmi SYABAS. Pengguna juga boleh menghubungi pihak SYABAS menerusi aplikasi WhatsApp (019-2800919 atau 019-2816793) dan talian hotline 15300 untuk sebarang pertanyaan.

Sumber: Says, Air Selangor | Facebook

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular