Kita semua sedia tahu bahawa setiap masyarakat di dunia ini memiliki pantang larang dan kepercayaan bagi sesuatu perkara. Di Malaysia sahaja terdapat pelbagai pantang larang yang diwujudkan oleh orang-orang terdahulu dan masih lagi diamalkan oleh ramai orang.

Contohnya, anda pasti pernah dengar larangan ini: ‘Jangan makan telur jika ada luka, nanti luka bernanah’ , ‘jangan makan kicap jika ada luka. Nanti parut hitam’ .

Menurut Dr. Kamarul Ariffin, perkara di atas hanyalah mitos belaka. Tiada hubung kait yang terbukti oleh kajian saintifik.

Baru-baru ini (11 Julai), Dr. Amalina Bakri melakukan sesi soal jawab di story Instagramnya. Soalannya adalah, The most ridiculous medical myth you’ve ever heard? (Mitos perubatan yang paling tidak masuk akal yang pernah anda dengar?).

Sesi soal jawabnya mendapat sambutan oleh orang ramai. Rata-rata berkongsi mitos perubatan yang paling tidak masuk akal yang pernah dengar dan Dr. Amalina akan membidas dengan memberikan pandangannya.

Berikut beberapa mitos kesihatan yang dikongsikan oleh netizen:

Ternyata ramai yang masih percaya bahawa mandi lewat malam boleh menyebabkan paru-paru berair. Dr. Amalina menyatakan bahawa ianya tidak masuk akal.

dramalinabakri|Instagram

 

Ada netizen yang bertanya kepada Dr. Amalina mengenai apa yang tidak boleh dimakan selepas pembedahan atau ketika berpantang selepas bersalin, kerana ada yang mengatakan bahawa mereka mendengar ayam, telur dan laksa tidak dibenarkan untuk makan.

dramalinabakri|Instagram

Dr. Amalina kemudian berkata bahawa anda hanya perlu mengelakkan makanan ini jika anda alah kepadanya. Dia juga menggalakkan untuk memakannya (jika tidak alergi) kerana telur dan ayam adalah sumber protein yang baik dan akan membantu penyembuhan luka.

Ada juga yang berkongsikan mitos ketika datang haid. Tidak boleh minum air sejuk kerana ia akan boleh menyebabkan darah menjadi beku dan terlekat pada dinding rahim dan mencuci rambut semasa haid akan membuat rambut anda gugur.

dramalinabakri|Instagram

Dr. Amalina menjelaskan bahawa ia adalah mitos belaka, kerana badan mempunyai mekanisme pengawalan suhu sendiri.

Ada juga pantang larang yang mungkin tidak ramai yang pernah dengar sebelum ini:

dramalinabakri|Instagram

Dalam susulan kepada sesi soal jawab itu, Dr. Amalina menegaskan bahawa orang yang ingin mendapatkan nasihat perubatan tidak boleh meminta nasihat dalam talian kerana ujian fizikal atau ujian makmal lebih digalakkan. Terus berjumpa doktor adalah perkara yang terbaik.

dramalinabakri|Instagram

Sumber: dramalinabakri|Instagram

 

 

 

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP KESIHATAN

Video Popular