Apabila bercakap mengenai bersunat atau berkhatan semua itu bukan sesuatu yang baharu malah sudah menjadi kewajipan untuk setiap muslim lelaki manakala bagi perempuan pula mereka diharuskan untuk bersunat jika ianya tidak mendatangkan sebarang kemudaratan. Hal tersebut diwajibkan atas beberapa faktor seperti untuk menjaga kebersihan dan kesucian diri.

Gambar Hiasan | NOEL CELIS/AFP/Getty Images

Bersunat bukan hanya dilakukan di Malaysia malah seluruh dunia. Kini, di Eropah khususnya kaum lelaki yang bukan muslim juga sudah semakin ramai yang bersunat kerana mereka mulai sedar akan kepentingan bersunat buat mereka dan ahli keluarga yang lain.

Di Malaysia kanak-kanak lelaki lingkungan umur 5 hingga 12 tahun biasanya akan disunatkan terutama ketika musim cuti sekolah.

Gambar Hiasan | NOEL CELIS/AFP/Getty Images

Sebut sahaja perkataan ‘sunat’ kepada kanak-kanak lelaki pasti akan membuatkan bulu roma mereka meremang dek kerana ketakutan. Rata-rata akan mula membayangkan betapa sakitnya prosesnya sunat yang bakal dijalankan.

Pelbagai reaksi mereka semasa menerima berita yang mereka perlu disunatkan. Ada yang menangis, ada yang mula merayu kepada ibu bapa mereka supaya mereka tidak disunatkan dan ada juga yang sanggup lari dari klinik!

Baru-baru ini seorang doktor telah berkongsikan pengalaman yang dilaluinya apabila seorang kanak-kanak lelaki telah berlari keluar dari klinik akibat rasa takut untuk dikhatankan. Apa yang lebih menggemparkan ialah kanak-kanak itu bukan sahaja lari dari klinik malah sanggup memanjat bumbung yang tinggi!

Kejadian lucu yang berlaku di Indonesia itu terjadi semasa kanak-kanak yang berumur lima tahun itu dibawa oleh kedua ibu bapanya ke klinik untuk disunatkan.

Gara-gara terlalu takut untuk bersunat, kanak-kanak itu terus melarikan diri lalu naik ke atas bumbung klinik berkenaan dan duduk di situ selama kira-kira dua jam.

Facebook Anik Sutari

Semua pujukan tidak langsung diendahkan oleh kanak-kanak tersebut. Setelah puas memujuk tetapi tidak mendatangkan hasil, ibu bapa kanak-kanak tersebut akhirnya memutuskan untuk meminta bantuan daripada guru sekolah anak mereka.

Akhirnya, cara tersebut berhasil apabila kanak-kanak lelaki itu berjaya dipujuk oleh gurunya selepas tiga jam berada di atas bumbung.

Keadaan menjadi lebih lucu apabila budak itu turun sahaja dari bumbung dia dengan sendirinya terus menuju ke klinik itu untuk disunatkan semula tanpa perlu dipaksa.

Sepanjang sejarah profesiku, 20 tahun nyunat, dan dari ribuan anak yg udah sy sunat, baru kali ini anaknya kabur sampai…

Anik Sutari စာစုတင်ရာတွင် အသုံးပြုမှု ၂၀၁၉၊ ဇူလိုင် ၈၊ တနင်္လာနေ့

Menurut doktor yang bertugas ketika itu, kejadian tersebut adalah pertama kali yang berlaku kepada dirinya.

Katanya, “Sepanjang kerjaya profesional selama 20 tahun dan mengkhatankan ribuan kanak-kanak, ini adalah kali pertama saya melihat seorang kanak-kanak memanjat dan duduk di atas bumbung.”

Sumber: FACEBOOK

Maybe you're interested :

Share

Video Popular