Negara republik ini terletak di bahagian Selatan Asia dan sangat terkenal dengan populasi penduduk kedua tertinggi selepas China, dengan hampir 1/6 daripada keseluruhan jumlah populasi masyarakat di dunia mengelarnya sebagai ‘Rumah’.
Kepelbagaian landskap, hidangan makanan dan cuaca menjadikan India sebagai salah satu negara yang sangat unik dan berbeza. Berikut merupakan antara kelebihan India:
#1. India mempunyai 6 musim
Mengikut kalendar tradisi India, terdapat 6 musim di negara berkenaan iaitu;
• Bunga : Pertengahan Februari hingga pertengahan April
• Panas : Pertengahan April hingga pertengahan Jun
• Monsun: Pertengahan June hingga pertengahan Ogos
• Luruh: Pertengahan Ogos hingga pertengahan Oktober
• Malam musim sejuk : Pertengahan Oktober hingga pertengahan Disember
• Musim sejuk: Pertengahan Disember hingga pertengahan Februari
#2. Terdapat 1600 jenis bahasa
Terdapat sebanyak 1600 jenis bahasa di India – 122 buah daripadanya dikelaskan sebagai bahasa utama. 30 daripadanya pula digunakan oleh lebih jutaan penutur asal.
Akan tetapi, masyarakat di India juga merupakan penutur bahasa Inggeris terbesar di dunia, diikuti dengan Amerika Syarikat. Menariknya, walaupun terdapat banyak jenis bahasa, tiada bahasa kebangsaan rasmi di India.
#3. Yuran sekolah daripada hasil kutipan sisa plastik
Yuran persekolahan amat mahal, bukan sahaja di India sahaja bahkan di seluruh dunia. Oleh itu, terdapat satu inisiatif di mana yuran sekolah hanya perlu dibayar berdasarkan hasil kutipan sisa plastik oleh pelajar.
Ia membolehkan pelajar miskin untuk mendapatkan pendidikan selain membantu mengurangkan jumlah plastik yang dibuang merata-rata.
#4. Galakan membunyikan hon
Kebanyakan lori di India dilengkapi dengan galakan bertulis seperti “Horn OK Please” atau “Blow Horn” pada bahagian belakangnya. Ia merupakan isyarat daripada pemandu di belakang untuk membunyikan hon sebelum berniat untuk memotong lori tersebut.
#5. Lelaki berpegangan tangan dan berpelukan
Di India, lelaki akan berpelukan walaupun ia merupakan kali pertama mereka berjumpa. Lelaki berpegangan tangan dengan rakan lelaki mereka juga dianggap satu fenomena biasa di sana. Tiada apa yang pelik pun.
#6. Jumlah penumpang kereta api di India bersamaan dengan keseluruhan populasi di Australia
© shutterstock.com © depositphotos.com
Kita tahu bahawa India mempunyai populasi kedua terbesar di dunia selepas China, namun agak sukar untuk membayangkannya bukan?
Untuk memudahkan anda untuk melihatnya daripada perspektif berbeza, keseluruhan populasi di Australia adalah sama seperti jumlah penumpang kereta api di India.
#7. Pergerakan kepala
Inilah yang istimewa di India – pergerakan kepala boleh membawa kepada makna ‘Ya’ ataupun ‘Tidak’. Agak sukar untuk membezakannya kerana ia mungkin berbeza mengikut daerah di sana. Jadi, adalah lebih mudah untuk anda memerhati dan mempelajarinya daripada masyarakat tempatan di sana.
#8. Kriket
© lensbug.chandru|Wikimedia Commons
Perlawanan kriket dianggap sebagai ‘agama’ di sana. Tidak kira bermain ataupun menyaksikan perlawanan kriket, ia dianggap sesuatu yang spiritual. Mereka akan menyambut kegirangan jika pasukan mereka menang dan berkabung jika kalah.
#9. Tandas tanpa tisu tandas
© shutterstock.com © Laura Ritchie|Flickr
Tandas di India tidak dilengkapi dengan tisu tandas seperti biasa, sebaliknya mereka memilih air untuk membersihkan segala kekotoran selepas menggunakan tandas.
#10. Catur dan dam ular berasal dari India
© Adam Jones |Wikimedia Commons © Natacha Filion|Pexels
Untuk pengetahuan anda, permainan catur dan dam ular berasal dari India. Nama asal bagi catur adalah Chaturanga, bermaksud 4 bahagian tentera (gajah, kereta kuda, tentera berkuda dan rejimen askar) dan dipercayai telah wujud sejak abad ke-6 Selepas Masihi.
Dam ular pula berasal daripada India purba dan dipanggil sebagai “Moksha Patam.” Ia juga dikaitkan dengan falsafah Hindu tradisional yang merangkumi ‘karma’ dan ‘kama’ – takdir dan keinginan.
Sumber: Bright Side
Maybe you're interested :
- Cadangan nama ‘Hong’ dan ‘Kong’ untuk anak panda di Jerman undang rasa amarah rakyat China
- Aktivis : Komunis China bukan sahaja mengancam Hong Kong, bahkan kesemua negara yang bekerjasama dengannya
- Bekas banduan “Kem Pendidikan Semula” kongsi pengalaman perit dalam tahanan dan menggesa orang ramai untuk beri perhatian kepada nasib masyarakat Uighur