Kalau dahulu kita bergantung pada papan tanda atau bertanyakan orang sekitar tentang arah untuk ke sesuatu tempat, kini perjalanan yang sukar menjadi lebih mudah dengan wujudnya teknologi canggih seperti Waze, Google Map dan GPS.

motowarrior

Hanya masukkan tempat yang hendak dituju dan tekan butang cari, aplikasi-aplikasi tersebut akan menunjukkan jalan untuk ke tempat yang ingin anda tuju. 

Anda akan mendengar suara daripada aplikasi tersebut memberikan arahan. Memang suaranya semua sama tetapi tahukah anda suara arahan tersebut boleh ditukar?

rojakdaily

Aplikasi waze membenarkan kita merekod suara sendiri dan digunakan sebagai penunjuk arah. Disebabkan itu ada seorang bapa yang menggunakan suara anaknya sendiri untuk merekod suara di dalam Waze.

Berkongsi di Twitter, status RifdiRosli mendapat 24 ribu suka dan 31 ribu retweet. Rata-rata pengguna twitter begitu terhibur mendengarkan suara anaknya Rayyan Mikael.

Inilah Rayyan Mikael, empunya suara Waze RifdiRosli

@RifdiRosli/Twitter

Comel betul orang dan suaranya.

Pasti perjalanan yang jauh menjadi semakin dekat dan perjalanan yang sukar menjadi semakin mudah apabila terdengar suara orang yang disayangi menunjukkan arah.

Sumber: @RifdiRosli/Twitter

Maybe you're interested :

Share

Video Popular