9 Julai yang lalu, tular di media sosial apabila seorang pengguna Facebook, Mohd Bedok Bedik La memuat naik video dan sekeping gambarnya yang menyelamatkan seekor anjing yang dijerut dengan tali di bahagian lehernya.

Mohd Bedok Bedik La/Facebook

Menurutnya, dia menemui anjing itu di kebunnya selepas pulang dari kerja. Pada mulanya, Mohd Bedok hanya menghalau anjing tersebut, tetapi dia kemudiannya menyedari bahawa anjing itu sedang berada dalam kesusahan. Lehernya terjerut dengan tali yang panjang dan anjing itu kelihatan seperti mahu meminta bantuan.

Mohd Bedok Bedik La/Facebook

Walaupun berasa takut akan digigit, namun Mohd Bedok memutuskan untuk tetap membantu anjing itu.

“Dengan perasaan takut dan cuba memberanikan diri, saya memakai sarung tangan, mengambil gunting dan memberi anjing itu lima ketul ayam. Nampaknya anjing ini benar-benar kelaparan. Saya cuba mengusap anjing itu untuk menenangkannya dan memanggilnya dengan nama Johnny. Alhamdulillah, akhirnya saya berjaya juga memotong tali itu,” tulis Mohd Bedok panjang-lebar.

Tambahnya, kerana tali yang terjerut di leher anjing itu, kawasan itu terluka dan telah diletakkan minyak gamat oleh Mohd Bedok bagi menyembuhkannya.

Mohd Bedok Bedik La/Facebook

Menurut Mohd Bedok, kini anjing yang dipanggil Johnny itu berada di kebunnya dan membantunya untuk menjaga kawasan kebun.

Ternyata, kisah ini telah menarik perhatian ramai pengguna Facebook yang rata-ratanya memuji tindakan Mohd Bedok.

Mohd Bedok Bedik La/Facebook

Terima kasih, lelaki budiman!

Sumber: World of Buzz

Maybe you're interested :

Share

Video Popular