Setiap orang dilahirkan dengan keistimewaan yang tersendiri. Ada yang mempunyai kelebihan fizikal seperti mempunyai rupa paras atau luaran yang unik tidak sama seperti orang lain. Ada juga yang mempunyai kelebihan dalaman, seuatu yang tidak dapat dilihat hanya dengan sekali pandang seperti bakat dan tahap kepintaran akal.

Sebenarnya bukan hanya kita manusia sahaja yang mempunyai kelebihan malah haiwan juga mempunyai kelebihan mereka yang tersendiri. Ada haiwan bahkan kelihatan lebih unik dan luar biasa sehingga membuatkan ramai yang mengagumi mereka.

Antara contoh haiwan yang unik dan jarang ditemui ialah anak kucing yang mempunyai mata berbeza warna antara kedua belah ini. Dek kerana matanya yang unik dan tidak sama dengan mata kucing lain membuatkannya sangat terkenal sehingga mempunyai peminatnya yang tersendiri!

Inilah Niu Nai, kucing dari China yang mempunyai warna mata yang berbeza kerana keadaan genetik yang jarang berlaku.

Niu Nai, membawa maksud ‘susu’ dalam bahasa Mandarin, dan nampaknya si kucing hitam comel ini mendapat populariti kerana fizikalnya yang unik.

Menurut  NextShark, kucing itu dilahirkan dengan heterochromia iridis, di mana iris membesar dengan menjadi dua warna yang berbeza.

Dalam kes Niu Nai, ini bermakna sebelah matanya berwarna biru dan sebelah lagi berwarna kuning.

Walau bagaimanapun, keadaan seperti ini biasanya memberi kesan kepada kucing putih.

 

View this post on Instagram

 

Friday night🤩

A post shared by MILK (@milkyblvck) on

Ini kerana gen tersebut tidak hanya memberi kesan kepada warna mata kucing tetapi juga warna bulunya sehingga menjadikannya berbeza dengan kucing putih yang lain.

Pemilik Niu Nai, Clare Zheng, juga suka mengambil video kucing comel itu!

Lihatlah telatahnya ketika mandi, sememangnya sangat comel bukan?

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MILK (@milkyblvck) on

Apa yang lebih menarik ialah pada masa-masa tertentu warna mata kucing ini boleh berubah lagi. Kali ini matanya boleh menjadi warna merah dan biru pula! 

Jangan risau kerana keadaan ini biasanya berlaku apabila melanin kucing bergerak atau berinteraksi dengan cahaya

Sehingga kini Niu Nai mempunyai lebih daripada 16,000 pengikut di Instagram!

 

View this post on Instagram

 

HI THERE!!!

A post shared by MILK (@milkyblvck) on

Fanpop

Sumber: SAYS

Maybe you're interested :

Share

Video Popular