Benarlah apabila dikatakan tiada apa yang lebih hebat daripada kasih sayang ibu bapa terhadap anaknya. Ini terbukti apabila seorang netizen berbangsa Thailand melihat sendiri pengorbanan yang dilakukan oleh ibu bapa terhadap anaknya.

Dia melihat seorang ayah sedang menunggang motisikal di jalan Chiang Rai bersama isterinya. Pemandangan itu mungkin biasa dilihat tetapi apa yang menarik perhatian ialah kanak-kanak yang digendong oleh wanita tersebut memakai tiub bantuan pernafasan.

Bayi berusia 2 tahun itu memakai tiub pernafasan yang disambungkan dengan tangki oksigen besar yang diikat pada bahagian belakang motosikal mereka.

Setiap kali berhenti di lampu isyarat merah, si ayah akan menoleh ke belakang untuk memastikan tangki oksigen berada pada kedudukannya dan akan membetulkannya jika teralih sedikit.

Menurut netizen lagi, cuaca pada hari itu sungguh panas namun keluarga kecil tersebut tetap meneruskan perjalanan mereka. Netizen berasakan kanak-kanak itu sungguh bertuah kerana memiliki ibu bapa yang penyayang.

Tunkhou

Foto tersebut tular di media sosial Thai dan beberapa akhbar tempatan menziarahi mereka sekeluarga. Mereka mendapati pasangan tersebut tinggal di Mae Sai, daerah utara Chiang Rai, menurut TNews. Kanak-kanak lelaki itu dilahirkan dengan penyakit paru-paru dan ketika berusia enam bulan, dia menghidap asma.

Kesihatan paru-paru kanak-kanak itu bertambah merosot sehingga menyebabkan dia memerlukan tangki oksigen untuk bernafas setiap hari dan dia sebenarnya telah menggunakan tangki oksigen sejak berusia enam bulan lagi.

Dilaporkan bahawa ayah kanak-kanak itu hanya memperoleh pendapatan kira-kira RM 40 (sehari) dan telah membelanjakan lebih dari RM13 ribu untuk merawat penyakit anaknya.

Poppinnew

Menurut ayah kanak-kanak itu, tangki oksigen tersebut berharga RM 26 dan mereka perlu menukarnya setiap 2 hari. 

Oleh itu, mereka terpaksa berulang-alik dengan menaiki motosikal sejauh 120 kilometer dari rumah mereka ke hospital setiap 2 hari untuk menukar tangki oksigen tersebut kerana tidak memiliki kereta.

Sebelum ini, mereka pernah cuba menaiki pengangkutan awam namun pemandu enggan membenarkan mereka kerana bimbang tangki oksigen tersebut akan meletup. Akur dengan hakikat itu dan tidak mahu membuatkan penumpang lain berasa tidak selesa dengan keadaan tersebut, si ayah memilih untuk menunggang motosikal untuk menukar tangki oksigen tersebut.

Ramai netizen yang menyaksikan kejadian tersebut berasa simpati dengan kekangan yang dihadapi oleh pasangan tersebut. Mereka berharap agar ada pihak yang akan membantu mereka sekeluarga dan mendoakan kanak-kanak tersebut kembali sihat.

Sumber: Chirapat Pinkong|FacebookPoppinnew

Maybe you're interested :

Share

Video Popular