Memperkenalkan ahli baru keluarga anda kepada anak yang lebih tua boleh menjadi saat yang menggembirakan atau sebaliknya dan ia sudah menjadi lumrah kehidupan dalam sebuah keluarga.

Jordan dan Kristen Jeremias dari Wilmington, North Carolina, membawa pulang anak lelaki yang baru dilahirkan untuk diperkenalkan kepada anak perempuan mereka, Ella. 

Epoch Asia/Facebook

Mereka mahu merakamkan hubungan adik-beradik ini buat pertama kali untuk terus kekal menjadi kenangan manis sepanjang hayat. Apa yang mereka harapkan adalah Ella akan menjadi teruja dan amat gembira melihat bayi Coleman. Tetapi reaksi Ella seperti tidak hairan dengan kehadiran adik barunya.

Ketika anggota keluarga begitu hati-hati meletakkan bayi Coleman yang sedang tidur ke pangkuan Ella, si kecil ini menunjukkan mukanya yang masam sambil tidak mahu menjawab sepatah pun permintaan ibu bapanya untuk mendakap dan mencium Coleman.

Epoch Asia/Facebook

Dengan tatapan riak muka yang kosong, Ella tidak berasa tersentuh dan enggan mengukir senyuman sambil tidak mahu bertentang mata dengan sesiapa pun, melainkan ke arah kamera. 

Ella langsung tidak hairan untuk berkongsi keseronokan dan kegembiraan itu bersama ibu bapanya apabila bayi Coleman diletakkan di atas pangkuannya. Apabila ibunya meminta Ella mencium Coleman, matanya hanya melirik tajam kepada Coleman buat seketika dan kemudian kembali memandang kamera.

Epoch Asia/Facebook

Reaksi wajah Ella yang amat melucukan. Mungkin dalam hatinya bertanya, “Siapa dia ini?”, tetapi Ella tidak mahu meluahkannya atau menurut sahaja permintaan ibu bapanya untuk mencium Coleman.

Jordan menulis di Facebook, “Ini anak kecil saya, Ella yang memberi reaksi kepada kami selepas membawa Coleman pulang dari hospital untuk pertemuan pertama dengan adiknya. Reaksi yang amat mengejutkan dan tidak ternilai.”

Epoch Asia/Facebook

Kita tidak boleh menahan diri untuk terus ketawa melihat reaksi Ella si perengus kecil yang amat comel. Rakaman video yang menjadi tular dengan lebih 33 juta orang telah menontonnya. Jangan bimbang kerana satu hari nanti Ella akan menjadi kakak yang paling penyayang kepada adik lelakinya, Coleman!

Tonton rakaman video di bawah : 

Epoch Asia/Facebook

Sumber : Epoch Asia/Facebook

Maybe you're interested :

Share

Video Popular