Semua pencinta kucing tahu bahawa hidup dengan kucing di dalam rumah adalah satu nikmat kebahagiaan yang tidak terkira. Kucing boleh menemani pemiliknya dalam apa jua keadaan, sekaligus memberi ketenangan buat manusia.

Walau bagaimanapun, kami pasti tidak ramai orang yang tahu tanda-tanda yang ditunjukkan oleh haiwan comel ini yang membuktikan kasih-sayang mereka kepada manusia. Jadi, jika kucing anda menunjukkan 13 tanda-tanda di bawah, anda pastinya adalah insan yang bertuah kerana begitu disayangi oleh kucing anda!

1. Jangan fikir bahawa kucing anda secara tidak sengaja menyentuh bibir anda, mereka sebenarnya tahu di mana untuk menunjukkan rasa kasih-sayang mereka.

Gambar sekadar hiasan – Brad Lloyd – Unsplash

2. Menggosok kepala mereka pada kepala anda bukan panggilan untuk bertarung, sebaliknya, itu adalah tanda kasih-sayang.

Gambar sekadar hiasan. Kredit: Pixabay

3. Kucing anda mengecilkan mata mereka sambil melihat anda kerana kehebatan anda hampir membutakan mereka.

Gambar sekadar hiasan. Kredit: Pixabay

4. Kucing anda memberi sesi urut percuma tanpa sebab kerana mereka begitu menyukai anda.

Gambar sekadar hiasan. Kredit: Pixabay

5. Kucing juga memahami konsep “ikut saya” dan melaksanakannya dengan sempurna.

Gambar sekadar hiasan. Kredit: Pixabay

6. Kucing datang dengan segera kepada anda selepas mendengar “Saya telah pulang!” Sudah tentu, mereka lapar, tetapi mereka juga turut merindui anda.

Gambar sekadar hiasan. Kredit: Pixabay

7. Kucing anda peduli tentang anda dan tidak akan membiarkan anda mati kelaparan. Jadi, elakkan dari memarahi mereka jika mereka membawa pulang hasil buruan.

Gambar sekadar hiasan. Kredit: Pixabay

8. Kucing anda sentiasa bersedia untuk diusap oleh anda. Tetapi tiada orang lain yang berhak menyentuh perut yang berbulu dan comel ini.

Gambar sekadar hiasan. Kredit: Pixabay

9. Tidur di atas pakaian anda adalah lebih selesa dan sangat nyaman bagi mereka.

Gambar sekadar hiasan. Kredit: Pixabay

10. Kucing anda tidur dengan anda kerana anda adalah bantal yang hebat – dan manusia yang yang paling dikasihi, sudah tentu.

Gambar sekadar hiasan. Kredit: Chris Abney – Unsplash

11. Menjilat tangan anda bukan cara untuk mengajar anda tentang kebersihan. Sebaliknya, kucing anda cuba memberitahu anda tentang perasaan mereka yang utuh terhadap anda.

Gambar sekadar hiasan. Kredit: Pixabay

12. Menggigit memang boleh menyakitkan. Tetapi jangan risau, ini berlaku kerana mereka terlalu sayang kepada anda.

Gambar sekadar hiasan. Kredit: Pixabay

13. Jangan memarahi kucing anda jika mereka menghalang anda daripada menggunakan alat elektronik anda. Kucing anda terlalu mencintai anda dan apa yang mereka mahukan hanyalah perhatian anda.

Gambar sekadar hiasan. Jae Park – Unsplash

Sumber: Bright Side

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Ria

Video Popular