Seorang guru yang banyak berkorban mencurahkan segala ilmu yang dimiliki pastinya menjadi idola bagi ramai anak murid. Malah, mereka akan disayangi oleh semua anak muridnya.

Begitu jugalah yang berlaku dalam sebuah video yang baru-baru ini tular di laman Twitter apabila dua orang anak murid yang sedang belajar di dalam kelas mewujudkan ‘drama’ kelas pertama demi membuat kejutan kepada guru kesayangan mereka.

Melalui kiriman video yang dimuat naik oleh Ilhan Zakaria, situasi kelas yang pada mulanya tenang serta-merta berubah menjadi kelam-kabut apabila dua orang pelajar mula bergaduh yang akhirnya berlarutan sehingga ke luar kelas, sekaligus membuatkan gurunya turut sama mengikuti mereka sambil cuba untuk meleraikan pergaduhan.

Sambil cuba meleraikan pergaduhan itu, guru itu dilihat menjerit meminta kedua-dua anak muridnya untuk berhenti bergaduh dan cuba memeluk salah seorang daripada pelajarnya itu agar mereka berhenti menolak-nolak sesama sendiri.

Namun, tiba-tiba, semua pelajar di kelas itu memunculkan diri sambil menyanyikan lagu hari lahir khas buat gurunya. Pada ketika itu, tahulah gurunya bahawa dirinya sedang dipermainkan oleh anak muridnya yang hanya berlakon bergaduh.

Sambutan hari lahir itu bukan sahaja telah membuatkan gurunya itu menitiskan air mata terharu, malah turut membuatkan beberapa orang pelajar perempuannya memeluk guru itu kerana rasa yang sama.

Menariknya, mereka turut menyediakan sebiji kek untuk menyambut ulang tahun kelahiran gurunya itu. Terharu melihatnya!

Rupa-rupanya, kelas yang sama turut meraikan sambutan hari lahir gurunya itu pada tahun yang lalu juga. Tetapi, pada tahun ini, mereka mahu menjadikannya sesuatu yang patut diingati, buat selama-lamanya.

Sumber: World of BuzzIlhan Zakaria/Twitter

Maybe you're interested :

Share

Video Popular