Boleh anda bayangkan jika hotel yang bakal anda duduki tidak sama seperti yang anda fikirkan? Agak-agaknya apa yang anda rasa jika hotel yang bakal anda duduki memiliki corak atau gaya susun atur yang tidak pernah anda bayangkan langsung. Inilah yang berlaku kepada seorang lelaki apabila hotel yang ditempah oleh isterinya lebih ‘unik’ daripada yang dia bayangkan. 

Si isteri sebenarnya telah menempah sebuah hotel bertemakan Hello Kitty untuk suaminya bersama dengan kawan lelakinya. Pada mulanya si suami tidak mengetahui perkara tersebut sehinggalah dia sendiri sampai dan masuk ke dalam bilik tersebut.

@amymedusaa

Si suami menceritakan bahawa ketika bertanya pada isterinya adakah dia sudah menempah hotel untuknya, si isteri hanya tergelak dan suaminya tidak menyangka rupa-rupanya hotel Hello Kitty yang ditempah oleh isterinya.

@amymedusaa

Kisah tersebut telah dikongsi di Twitter menerusi akaun @amymedusaa dan telah menerima pelbagai reaksi daripada netizen. Rata-rata turut terhibur dengan apa yang berlaku dan ada juga yang mahu melihat sendiri hotel comel tersebut.

@amymedusaa/Twitter

Melihat reaksi si suami, anda juga pasti akan tergelak besar melihat gambar-gambarnya bersama biliknya yang berwarna merah jambu dan dihiasi dengan gambar Hello Kitty, memang lucu!

 @amymedusaa/Twitter

Sumber: @amymedusaa/Twitter

Maybe you're interested :

Share

Video Popular