Tidak kira sama ada seorang itu muda atau tua, sekira hatinya tidak mahu insaf dengan berlaku jujur, maka dia akan tetap tidak mahu bersikap jujur.

Mungkin seorang itu mempunyai masalah peribadi seperti masalah kewangan, dan untuk mendapatkan wang mudah. Mereka boleh mencuba untuk menipu dengan membuat drama mengenakan orang lain, atas harapan segala rancangan itu berjalan dengan lancar dan sukses. 

Dan tanpa menyedari kadangkala ‘drama’ itu boleh dirakamkan oleh kamera CCTV atau kamera telefon pintar orang lain, seperti yang berlaku kepada mak cik yang licik ini. Aksi drama melampaunya agak melucukan tetapi turut mengundang bahaya pada masa yang sama.

South China Morning Post/Facebook

Seorang warga emas dari China membuat percubaan memperdaya seorang pemandu lori dengan berpura-pura menjadi mangsa kemalangan yang ingin mendapatkan pampasan.

Rakaman CCTV pada 4 Julai yang dimuat naik oleh South China Morning Post menunjukkan dengan jelas mak cik ini melakukan aksi penipuan di siang hari serta turut diperhatikan oleh orang ramai yang lalu lalang di hadapannya.

Mak cik ini yang dikenali dengan nama Tang cuba berlakon menjadi mangsa kemalangan dengan berlari ke arah lori yang sedang membelok ke kanan dan mencampakkan basikal yang sedang dipegangnya di tepi lori itu.

South China Morning Post/Facebook

Pemandu lori tersebut kemudian terkejut mendengar bunyi dentuman seperti dilanggar dan memberhentikan lorinya. Dengan pantas Tang berlari dan membuat dirinya terperosok di bawah bampar lori. 

Rakaman CCTV yang kantoi secara jelas menunjukkan Tang sedang berlakon aksi drama dengan tujuan untuk menuntut pampasan daripada pemandu lori yang dikenali sebagai Cui.

South China Morning Post/Facebook

Selepas berbaring di bawah lori, Tang berpura-pura mengerang kesakitan, sambil diperhatikan oleh orang ramai yang sedang terpinga-pinga. Ada di antara mereka nampak dengan jelas lakonan Tang yang hebat di hadapan mata sendiri.

Tang dilaporkan memanggil polis dan mendakwa telah dilanggar oleh lori itu. Ketika pihak polis tiba di tempat kejadian, dia mengerang kesakitan dan cuba mendapatkan pampasan daripada Cui.

South China Morning Post/Facebook

Pihak polis kemudian telah melakukan penyiasatan dan menemui rakaman CCTV ini di tempat kejadian yang memperlihatkan lakonan Tang menjadi ‘mangsa’ dalam cubaannya untuk mendapatkan pampasan kemalangan.

Rakaman video insiden ini telah mendapat kritikan di kalangan netizen yang berpendapat Tang patut dihukum kerana cuba melakukan penipuan. Seorang peguam dari Beijing berkata, Tang jelas telah melanggar undang-undang dengan berpura-pura menjadi mangsa kemalangan.

Kesalahannya itu mungkin boleh menyebabkan dia didakwa yang akan membawa hukuman denda dan penjara.

South China Morning Post/Facebook

Kita tidak mengetahui apa punca dan masalah sebenar Tang, tetapi untuk menyelesaikan masalah sudah semestinya bukan dengan cara yang membahayakan seperti ini.

Tonton rakaman video di bawah :

South China Morning Post/Facebook

Sumber : South China Morning Post/Facebook

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Asia GLOBAL VIDEO

Video Popular