PUEBLA – Volkswagen melancarkan barisan pemasangan terakhir model VW Beetle di kilang pemasangannya di Puebla, Mexico, menandakan keluaran terakhir dari jenis kereta itu. Jenama Volkswagen Beetle adalah jenama klasik automatif yang bertahan selama 80 tahun dengan jualan melebihi USD23 juta (RM94.6 juta). 

Suatu ketika dahulu kereta Volkswagen Beetle menerima dakapan kasih sayang yang cukup erat di kalangan peminatnya. Ketika zaman kegemilangannya pada era 60-an dan 70-an, kita kerap melihat Volkswagen Beetle memenuhi jalan raya. Sesuatu yang amat jarang dapat dilihat pada hari ini.

Hector Vivas/Getty Images

Jenama Volkswagen diilhamkan oleh Adolf Hitler dan direka oleh Ferdinand Porsche yang menjadi ‘kereta rakyat’ mampu milik di Jerman setelah era Nazi memperkenalkannya sebagai kereta negara. Beetle mula dilancarkan dengan nama Type 1 sebagai nama rasmi, dan ia menjadi terkenal kerana ketahanannya, kemudahan penyelenggaraan yang baik, serta paling terkenal kerana reka bentuknya yang comel.

Chris Vallone dari Congers, New York, mungkin menjadi pemilik kedai terakhir di dunia yang mendedikasikan perniagaannya dalam menyelenggara dan membaik pulih kereta-kereta Beetle.

MANJUNATH KIRAN/AFP/Getty Images

Kata Chris, “Ia satu-satunya kereta yang mempunyai wajah apabila anda melihatnya, bukan? Senyumannya berada di bampar itu, lihat di sana.”

Pada tahun 1960-an, Beetle menjadi simbol penentangan bagi golongan ‘hippie’ dan amat terkenal di Amerika Syarikat. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, penjualan Volkswagen Beetle mencatat jualan yang tidak memberangsangkan, ketika reka bentuk terkini terus memaparkan rekaan lama yang ikonik, ‘kecil tetapi menawan’.

MANJUNATH KIRAN/AFP/Getty Images

Dengan hanya dua reka bentuk semula sepanjang hayatnya, yang tidak pernah terdengar dalam industri kereta, Beetle tidak pernah kehilangan keperibadiannya, dan pernah menjadi bintang dalam filem seperti ‘The Love Bug’ dan ‘Herbie: Fully Loaded’ serta muncul dalam beberapa rancangan televisyen.

Dengan pengumuman pengeluar Volkswagen pada September tahun lalu bahawa mereka tidak akan mengeluarkan Beetle lagi, maka pada hari ini, ia menandakan titik terakhir buat kereta comel itu untuk terus berada di pasaran. Syarikat automatif itu kini menumpukan perniagaan masa depannya kepada pengeluaran kereta elektrik. 

Hector Vivas/Getty Images

Oleh itu, bagi kebanyakan orang yang membesar dengan mencintai kereta ini, mungkin berasa melankolis dengan mengatakan bahawa mereka tidak akan dapat melihat Beetle yang baru lagi.

Sumber : CBS News

Maybe you're interested :

Share

Video Popular