Walaupun kedengaran agak pelik, namun sebenarnya pilihan warna gincu anda berupaya mendedahkan banyak perkara mengenai diri anda. Sebagai wanita, pasti kita ada warna-warna gincu kegemaran, bukan?

Ada juga individu yang memakai warna gincu mengikut mood mereka pada hari itu. Terpulanglah kepada anda semua tetapi ketahuilah kebenaran sebenar perihal mengenai diri anda mengikut warna gincu seperti di bawah:

Jingga

© LFI/Photoshot/REPORTER/East News  

Anda seorang yang kelakar dan lazimnya menghabiskan masa bersama rakan ataupun berjumpa rakan baru. Anda gemar bersosial dan nakal secara semula jadi. Oleh sebab itu, anda sering menerima perhatian ke mana sahaja anda pergi. Orang lain sukakan jenaka dan positiviti anda.

Merah

© Byron Purvis/AdMedia/Capital Pictures/East News

Anda seorang yang berani dan tidak takut berhadapan dengan cabaran baru. Salah satu prinsip utama anda ialah tidak berputus asa dan bekerja keras dalam mengejar cita-cita dan impian. Anda juga mempunyai penghargaan untuk perkara-perkara yang mudah dan klasik – seperti lambang merah yang ikonik!

Merah jambu

© Marcocchi Giulio/SIPA/East News 

Anda seorang ‘penjaga’ dalam kumpulan rakan anda. Apabila seseorang mempunyai masalah, mereka akan pergi kepada anda untuk berkongsi dan mendapatkan nasihat. Anda seorang yang penyayang dan berempati, dan kadang kala agak emosional. Namun anda dihargai kerana sensitiviti yang anda miliki.

Nude

© Wiese/Face To Face/Reporter/East News  

Anda seorang yang menikmati perkara yang ringkas dalam kehidupan. Apa yang penting bagi anda adalah kejujuran, bukanlah kata-kata yang manis. Anda juga seorang yang tenang, rendah diri dan berupaya untuk berhubung dengan bahagian dalaman diri sendiri.

Coklat

© Frederick Taylor/Broadimage/East News  

Keluarga merupakan segala-galanya buat anda. Lebih banyak masa bersama keluarga, maka lebih gembiralah anda. Anda merupakan seorang yang patuh kepada tradisi dan gemar membina memori bermakna untuk diingati kelak. Anda cintakan nostalgia dan ini bermakna anda juga mungkin sukakan filem, muzik dan fesyen lama.

Ungu

© lynseymckenzie.blogspot.com  

Jika anda mahukan sesuatu, tiada apa yang dapat menghalangnya. Mungkin ada segelintir yang berasa bahawa anda degil namun ia sebenarnya keazaman yang tinggi. Anda merupakan pemimpin semula jadi dan mempunyai keupayaan untuk membuatkan orang lain mendengar dan mengikuti arahan anda dengan mudah. Anda sukakan persaingan dan kejayaan.

Hitam

© depositphotos.com  

Anda tidak peduli apa yang diperkatakan oleh orang lain terhadap anda. Anda hanya bergantung kepada diri sendiri dan seboleh mungkin mahu berdikari. Peraturan perlu dilanggari dan anda pula suka memberontak serta akan berfikir di luar kotak. Anda mempunyai falsafah dan sering mempersoalkan dunia di sekeliling anda.

Lain-lain (Biru, Kuning, Hijau)

© depositphotos.com  

Anda merupakan seorang insan seni – sangat kreatif dan unik di mata orang lain. Orang lain mungkin agak sukar untuk memahami anda namun hakikatnya mudah sahaja. Anda unik dan ceria serta sedikit idealistik. Namun, anda mempunyai impian untuk melaksanakan sesuatu yang ‘besar dan gila’.

Kesimpulannya, kita semua mempunyai keunikan masing-masing dan personaliti ini dikongsi bertujuan untuk suka-suka sahaja. Cintai dan hargailah pesonaliti diri sendiri ya! Jangan lupa kongsikan warna gincu kegemaran anda diruangan komen.

Sumber: Bright Side

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP HIBURAN

Video Popular