Seperti yang kita sedia maklum, haiwan peliharaan sangat manja dan sudah tentu amat rapat dan dekat dengan pemiliknya. Anjing misalnya, merupakan antara haiwan yang pintar. Mereka lazimnya sangat setia dan sentiasa patuh akan arahan tuannya.

Namun, satu insiden di Taiwan yang berlaku baru-baru ini mengejutkan orang ramai apabila satu rakaman video berdurasi 1 minit menunjukkan pemilik seekor anjing tergamak menurunkan anjingnya di tengah-tengah jalan – ketika lampu isyarat merah.

Insiden berkenaan walau bagaimanapun berjaya dirakamkan menerusi kamera yang terdapat di dalam kereta di belakang si pelaku tersebut, dan ia mengundang rasa marah mereka yang menyaksikannya.

Pada mulanya, tiada apa yang berlaku. Namun, tidak lama kemudian, seekor anjing dilihat keluar daripada pintu yang dibuka.

Setelah itu, pintu tersebut ditutup. Mungkin berasa terkejut, anjing tersebut dilihat seperti terpinga-pinga dan hanya mampu berlegar di bahagian depan dan sisi kereta tuannya.

Amat menyedihkan apabila anjing tersebut dilihat mengejar kereta tuannya apabila lampu isyarat sudah bertukar hijau. Tuannya langsung tidak berhenti untuk mengambil semula anjingnya, sebaliknya terus berlalu pergi.

Rata-rata pengguna media sosial berasa geram dan marah terhadap pemilik anjing berkenaan. Hal ini kerana, haiwan juga merupakan makhluk Tuhan yang perlu kita lindungi dan pengabaian haiwan sebegini tidak wajar berlaku.

Sudahlah dibuang begitu sahaja, ia juga membahayakan keselamatan anjing itu kerana berlaku di tengah jalan. Semoga ada insan lain yang akan menjaga anjing itu dengan baik kelak.

Berikut adalah video yang dirakamkan:

Sumber. Cocomy

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP VIDEO

Video Popular