Sekarang menjadi satu fenomena di mana rata-rata warganet akan melakukan pelbagai jenis ‘cabaran’ di media sosial dan menyebarkannya kepada rakan-rakan. Misalnya Cabaran Penutup Botol dan Tarian Keke yang pernah menjadi ikutan ramai beberapa bulan lalu.

Apa yang membuatkan cabaran ini menjadi ikutan ramai adalah apabila wujud ajakan-ajakan daripada seorang individu kepada seorang individu untuk melakukan sesuatu cabaran. Cara inilah yang membuatkan sesuatu cabaran itu menjadi fenomena yang diikuti oleh warganet seluruh dunia!

Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai @DozznutOperator telah melakukan perkara yang sama dengan memuat naik gambar kucing peliharaannya dan mendakwa bahawa kucingnya lebih comel berbanding mana-mana kucing yang ada di dunia ini.

Tindakan @DozznutOperator itu membuatkan ramai pengguna Twitter lain berasa tercabar lalu mula berkongsi gambar kucing masing-masing sedang melakukan aksi comel mereka. Tidak lama kemudian, tweet yang dimulakan oleh @DozznutOperator kemudiannya dipenuhi dengan gambar-gambar kucing yang sangat comel!

#1 Comelnya!

hexthesquare

#2 Tidur pun comel

Alvaoscar

#3 Saya lagi comel bukan?

ZQRF2006

#4 Tak senyum pun rasa nak picit-picit pipi itu! 

DanMacchio

#5 Hai si comel!

VsevolodAristov

#6 Mengantuk sangat ke tu?

Mel50371

#7 Tiada siapa boleh menandingi kecomelan perut itu!

YourDad966xb1

#8 Bagaimana pula dengan perut saya? Comel juga kan?

xenolithcomics

#9 Garang-garang comel

Me4tSt1ck

#10 Bulatnya!

herp6969

Bagaimanapun, @DozznutOperator telah mendedahkan tujuan sebenar dia mencipta cabaran tersebut dan hal ini membuatkan ramai pengguna Twitter terpedaya dalam rancangan tipu muslihatnya itu.

“Helah saya berjaya. Kini saya memiliki ratusan gambar kucing yang sangat comel dan saya boleh melihat kesemuanya ketika saya tiada mood. Anda semua terjebak dalam perangkap saya,” kongsi @DozznutOperator di Twitternya.

Apa-apa pun, helah tipu daya @DozznutOperator berjaya membuatkan hari kita menjadi lebih ceria dengan adanya gambar-gambar haiwan comel kesayangan ramai ini.

Sumber: Bored Panda

Maybe you're interested :

Share
Kategori: HIBURAN INSPIRASI Ria

Video Popular