KUALA LUMPUR – Tun Dr. Mahathir Mohamad dan isterinya, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali menerima kejutan istimewa daripada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah pada 11 Julai baru-baru di Istana Negara sempena hari lahir Tun Dr. Mahathir.

Bernama

Kejutan tersebut berlangsung setelah selesai penyampaian Darjah Yang Maha Utama Darjah Kerabat Diraja Malaysia (D.K.M) kepada Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, di mana ia diiringi dengan nyanyian lagu ‘Happy Birthday’ disertakan bersama kek dan pulut kuning.

Seperti yang kita sedia maklum, Tun Dr. Mahathir menyambut hari lahirnya yang ke-94 tahun pada 10 Julai lalu. Manakala, pada 12 Julai (hari ini) pula, giliran Tun Dr. Siti Hasmah pula menyambut hari lahirnya yang ke-93 tahun.

Difahamkan bahawa kek tersebut berwarna hitam dan putih berbentuk piano, selain dihiasi dengan sebuah biola mini, sekeping nota muzik dan beberapa buah buku – yang mungkin menggambarkan minat mendalam Tun Mahathir terhadap amalan membaca dan minat Tun Siti Hasmah terhadap muzik.

Bernama

Pasangan suami isteri yang telah mendirikan rumah tangga selama 63 tahun itu kemudian dilihat saling menyuap potong kek, di mana ia turut disaksikan oleh Agong dan Raja Permaisuri.

Majlis berkenaan turut dihadiri oleh Penyimpan Mohor Besar raja-Raja, Syed Danial Syed Ahmad, Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ismail Bakar dan Menteri Besar Pahang Menteri, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Tun Mahathir sebenarnya dilahirkan pada 10 Julai 1925 di Kampung Seberang Perak, Alor Setar, Kedah namun tarikh kelahiran rasminya direkodkan pada 20 Disember pada tahun yang sama.

Sumber: Bernama, Astro Awani

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular