Mungkin ramai yang tidak mengenali nama Camille Schrier tetapi tahukah anda, gadis berusia 24 tahun ini telah dianugerahkan sebagai Ratu Cantik Virginia setelah mempamerkan bakatnya di pentas peragaan menerusi eksperimen sains.

Camille Schrier

Kebiasaannya, peserta-peserta pertandingan ratu cantik akan menunjukkan bakat terpendam masing-masing dalam pelbagai aspek seperti bermain sukan, menyanyi, membuat silap mata, menyertai aktiviti kesukarelawanan dan bermacam-macam lagi. Tetapi berbeza dengan Camille, gadis cantik manis ini telah melakukan demonstrasi eksperimen sains yang menakjubkan!

John Herzog / Miss Virginia

Dalam eksperimen tersebut, Camille telah menunjukkan demonstrasi penguraian hidrogen peroksida. Setelah mencampurkan beberapa jenis bahan kimia di dalam bikar, muncul ‘letupan buih’ berwarna biru dan jingga yang disebut sebagai reaksi “Elephant Toothpaste”.

Rick Myers / Miss Virginia

Memiliki dua ijazah sarjana dari Virginia Tech dalam bidang Biokimia dan Sistem Biologi, Camille juga kini sedang melanjutkan pelajaran di peringkat kedoktoran (PhD) di Universiti Virginia Commonwealth. Ketika ditanya mengapa beliau memilih untuk melakukan eksperimen sains, Camille menegaskan bahawa beliau ingin orang ramai teruja tentang bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

Rick Myers / Miss Virginia

Memetik kenyataan Camille di Bored Panda, beliau memutuskan untuk menyertai pertandingan berkenaan setelah mengetahui perubahan pada syarat pertandingan tersebut yang ingin menonjolkan bakat sebenar dan impak sosial berbanding rupa fizikal semata-mata.

“Evolusi pertandingan Miss America yang mengetengahkan lebih banyak peluang untuk melakukan perbezaan dan memenangi biasiswa telah mencetuskan inspirasi untuk saya bersaing dalam pertandingan ini,” kata Camille kepada IFLScience.

 

View this post on Instagram

 

Finishing my senior thesis like… #16days

A post shared by Camille Schrier (@camilleschrier) on

Camille Schrier

Tambahnya lagi, “Saya lebih sekadar Miss Virginia. Saya ada Miss Biokimia, Miss Biologi Sistem, Miss Future PharmD yang tidak sabar untuk menceburi kerjaya dalam industri farmaseutikal.”

Perubahan format dalam pertandingan ratu cantik kali ini benar-benar mempamerkan ketulenan dan bakat dalaman peserta. Jika dahulu, para peserta cenderung untuk mendedahkan tubuh dalam sesi peragaan baju renang, tetapi kini penekanan dalam pencapaian dan matlamat hidup lebih dijadikan sebagai keutamaan. Di samping itu, para peserta juga diberi kelonggaran untuk memilih apa jenis pakaian yang melambangkan peribadi diri mereka yang sebenar berbanding menggayakan busana dan gaun yang cantik semata-mata. 

 

View this post on Instagram

 

I’m a PharmD to be! 💊 #whitecoatceremony #vcupharmacy #pharmd #fourmoreyears

A post shared by Camille Schrier (@camilleschrier) on

Camille Schrier

Dengan ini, tidak lagi wujud stereotaip mengenai ratu cantik yang biasa kita tonton di kaca televisyen. Tetapi, ratu cantik zaman ini dipilih bukan sahaja atas dasar rupa tetapi bakat, nilai murni dan kemahiran sosial yang baik…

Ujar Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah iaitu Gretchen Carlson, “Kami bukan lagi ratu cantik biasa. Miss America akan mewakili generasi baru yang merangkumi pemimpin wanita dan memfokuskan kepada biasiswa, impak sosial, bakat dan penguasaan. Kaum wanita kini mempunyai keberanian untuk menyuarakan pandangan mereka mengenai pelbagai isu.”

 

View this post on Instagram

 

Thank you @meet__tiffany for making me look like I have my life together when I’m actually just a total mess🖖🏼

A post shared by Camille Schrier (@camilleschrier) on

 Camille Schrier

Camille akan mewakili Virginia dalam pertandingan di seluruh negara dan menjadi calon yang kuat bagi menyertai Miss America 2.0. Semoga Camille akan menjadi pencetus inspirasi kepada ramai wanita di luar sana untuk meraih kejayaan seperti beliau.

Sumber: Bored Panda

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI

Video Popular