Duit! Duit!
Di mana kau duit
Duit! Duit!
Hutangku membukit

Lirik lagu Duit oleh M.Nasir ini memang kena dengan situasi kita lebih-lebih lagi ketika kesempitan duit dan dompet kita pun nipis sahaja. Waktu inilah kita rasa “bagusnya kalau simpan duit. Tapi macam mana nak buat? Duit asyik digunakan sahaja.”

Memang tidak dinafikan kadang-kadang kita dah ketepikan duit untuk simpanan tetapi akhirnya terpaksa juga menggunakannnya.

Jika digunakan untuk kecemasan tidak mengapa tetapi kebanyakannya disebabkan disiplin diri yang tidak begitu tinggi. Kita merasakan “tidak mengapa, duit simpanan ada lagi” dan akhirnya duit yang hendak disimpan itu hanya tinggal angan-angan kosong.

Namun usah risau kerana ada cara yang mudah untuk simpan duit. Cara tersebut juga telah dipraktikkan oleh seorang pelajar UiTM dan hasil simpanannya memang mengagumkan!

Dalam masa 3 bulan, pelajar tersebut berjaya kumpul RM 615 dengan hanya menyimpan ‘duit hijau’. Apa itu duit hijau?

Duit hijau ialah duit RM5. Menurut pelajar itu, dia telah menyimpan setiap note RM5 yang dia peroleh dalam tabung dari bulan Mac hingga Jun lalu.

Facebook

Katanya lagi, perkara yang paling penting ialah mesti ada disiplin diri yang kuat dan jangan sesekali terdetik untuk menggunakan duit simpanan tersebut. Jika kuat disiplinnya memang tidak mustahil untuk mengumpul sejumlah wang yang agak besar nilainya dalam masa 3 bulan tersebut.

Menurut pelajar itu lagi, selain dapat menyimpan wang, sikap berjimat dapat dididik dalam diri sekali gus menghapuskan sikap boros berbelanja.

Facebook

Bukan mudah cara menyimpan duit sebenarnya. Dapat sahaja ‘duit hijau’ jangan gunakan dan terus simpan dalam tabung.

Jika anda seorang yang sukar menyimpan, boleh gunakan cara ini dan letak target. Mungkin duit tersebut untuk membeli telefon pintar yang baharu, mungkin juga untuk pergi melancong?

Penulis sebenarnya pernah juga simpan ‘duit hijau’ sepanjang bulan Januari hingga May lalu. Kemudian duit tersebut digunakan sepenuhnya untuk hari raya. Memang meringankan beban juga, maklumlah banyak duit hendak digunakan pada musim perayaan.

Ini adalah tabungan baharu untuk bulan Julai hingga Disember penulis. Moga-moga anda pun akan terinspirasi untuk mempraktikkan cara menabung seperti ini. Selamat maju jaya!

Sumber: World of BuzzFacebook

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP INSPIRASI

Video Popular