- Era Baru Malaysia - http://www.erabaru.com.my -

Amazon menjual kerusi kanopi yang melindungi anda dari gigitan serangga

Menghabiskan masa senggang dengan aktiviti luar seperti berkhemah, berkelah dan sebagainya sangat menyeronokkan, lebih-lebih lagi bersama dengan keluarga.

Selain dapat menikmati masa berkualiti bersama, kita juga dapat merehatkan minda, mengurangkan tekanan serta menikmati keindahan alam semula jadi.

Namun demikian, bagi mereka yang mempunyai kulit sensitif terhadap gigitan serangga, ia pasti akan mengganggu, bukan? Kadang kala, aktiviti diluar rumah sahaja sudah mengundang gigitan nyamuk, apatah lagi jika ke hutan untuk melakukan aktiviti luar yang lebih lasak?

Amazon.com [1]

Memandang perkara itu sebagai satu masalah, maka wujudlah satu ciptaan kerusi berkanopi dengan perlindungan serangga Kelsyus – di mana ia merupakan satu kelengkapan yang selesa dan memberi perlindungan daripada elemen semula jadi.

Kerusi mudah alih ini direka khas bagi melindungi pengguna daripada serangga dan sinaran matahari. Jika dilihat, kerusi berkenaan dibina dengan kanopi lengkap jaring berzip sehingga ke tanah bagi melindungi pengguna daripada setiap sudut kerusi.

Amazon.com [1]

Difahamkan bahawa kerusi berkenaan dibuat daripada rangka besi yang disaluti dengan serbuk, selain dengan ‘mesh’ ergonomik pada tempat duduk yang sungguh selesa.

Selain daripada itu, juga terdapat tempat meletakkan cawan pada sisi kanan tempat meletakkan tangan.

Ia juga teguh dan boleh digunakan untuk berat orang dewasa sehingga 115 kilogram. Walaupun dapat menampung beban yang berat, kerusi ini walau bagaimanapun masih ringan dan mudah dibawa ke mana-mana sahaja menggunakan tali pemegang dan rekaan yang sangat genius.

Amazon.com [1]

Kerusi yang lengkap dengan jaring kawalan serangga yang dijahit pada sisi kanopi ini sebenarnya boleh disembunyikan jika tidak digunakan. Ia juga lengkap dengan tempat meletakkan tangan, menjamin keselesaan yang lebih ergonomik.

Amazon.com [1]

Kerusi ini juga ideal untuk dibawa ke pantai. Kanopi pada kerusi ini mampu menghalang kerosakan akibat sinaran matahari ekoran perlindungan UPF 50+. Hebatnya!

Amazon.com [1]

Apabila dilipat, kanopi ini bertukar menjadi beg yang lengkap dengan tali pemegang untuk memudahkan pengguna membawanya ke mana sahaja lokasi yang diingini. Jadi, dengan Kelsyus Original Canopy Chair with Bug Guard, maka tiada lagi masalah untuk melakukan aktiviti luar!

Sumber: Bored Panda [2]

loading...