OSAKA: Sembilan ekor rusa di Nara Park dilaporkan mati dipercayai termakan beg plastik kesan daripada pertambahan pelancong yang mengunjungi taman berkenaan.

Yayasan Pemuliharaan Rusa Nara dalam laporan berkata, gumpalan beg plastik dan bungkusan snek ditemukan dalam perut bangkai rusa yang dibedah siasat.

BEHROUZ MEHRI/AFP/Getty Images

Pegawai rasmi yayasan berkenaan Yoshitaka Ashimura berkata, pihaknya terkejut dengan penemuan sampah yang banyak dalam bangkai perut rusa.

“Sampah terbesar yang ditemui dalam perut salah seekor rusa itu adalah seberat 4.3 kilogram. Kami sangat terkejut,” ujarnya yang dipetik AFP.

Taman rusa di Nara Park itu menempatkan lebih 1,000 ekor rusa, yang bebas berkeliaran di kawasan berkenaan.

Keadaan itu menyebabkan pelancong sering mendekati haiwan berkenaan sambil menawarkan biskut khas.

Tegas Ashimura, walaupun pelancong dilarangkan memberikan makanan lain selain biskut berkenaan tersebut namun terdapat sesetengah pelancong memberi makanan sesuka hati.

Carl Court/Getty Images

“Rusa yang menjadi mangsa itu mungkin menyangka snek dan bungkusannya boleh dimakan terus.

“Kita juga mendapati rusa tersebut makan plastik yang dibuang ke tanah,” ujarnya.

Dalam masa sama, beliau berkata, kematian rusa itu turut dikaitkan dengan pertambahan bilangan pengunjung ke taman berkenaan.

Sejak kebelakangan ini bilangan pelancong yang mengunjungi taman tersebut bertambah dan tahun 2017 merekodkan sebanyak 16 juta pengunjungi memasuki taman berkenaan.

Selain rusa, taman itu juga menawarkan pemandangan yang cantik termasuk kuil binaan kayu yang dibina sejak berkurun-kurun lamanya.

Sumber: Astro Awani, Channelnewasia.com

 

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Asia GLOBAL

Video Popular