Seorang pengguna yang dikenali sebagai MNoor Arifin, yang melalui lebuh raya di kawasan Pantai Timur terkesima setelah menyaksikan seekor harimau kumbang melintasi jalan raya bekenaan.

Dia yang dalam perjalanan menuju ke Janda Baik percaya bahawa harimau kumbang berkenaan mungkin sedang mencari habitat baru. Kenyataan bersama beberapa keping foto yang berjaya dirakamkannya, dimuat naik di laman Facebook. Ia kemudiannya menjadi tular serta menerima pelbagai reaksi pengguna lain.

“Semoga harimau kumbang ini dapat mencari habitat barunya. Ada sesiapa yang pernah terserempak juga ke? Mungkin ada tetapi tidak sempat untuk mengambil gambar bukan?”, tulisnya.

Menyaksikan sendiri haiwan liar di dalam habitat asal merupakan satu pengalaman yang sangat berharga dan menurut Mnoor Arifin, dia berasa cukup bertuah kerana berpeluang untuk melihat sendiri harimau kumbang yang merupakan antara spesies haiwan terancam.

 

Menurut Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Negeri Terengganu, Dr. Abdul Malek Mohd Yusof, pihak PERHILITAN masih menjalankan siasatan berkaitan dengan perkara berkenaan.

 

Beliau turut menasihati orang ramai agar berhati-hati ketika menggunakan lebuh raya tersebut memandangkan insiden haiwan liar melintas jalan kerap berlaku, selain meminta orang awam memaklumkan kepada pihaknya jika terserempak dengan mana-mana haiwan liar jika melaluinya.

 

Jika terserempak dengan haiwan liar, orang ramai bolehlah menghubungi PERHILITAN Terengganu di talian 09-6221460. Menurut beliau lagi, maklumat berkenaan adalah penting agar tindakan segera dapat dilakukan oleh pihak berwajib.

Mungkin aktiviti manusia untuk tujuan pembangunan mahupun pertanian menyebabkan banyak kawasan hutan diteroka dan pokok-pokok ditebang, memaksa haiwan-haiwan liar di sana keluar daripada habitat asal mereka untuk mencari kawasan baharu.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL VIDEO

Video Popular