- Era Baru Malaysia - http://www.erabaru.com.my -

Murid dari Sabah banggakan Malaysia, menang pertandingan tarian di Portugal!

Tiga pelajar sekolah rendah dari SK Stella Maris, Kota Kinabalu berjaya menggondol pingat emas dalam pertandingan tarian antarabangsa setelah mempersembahkan tarian ‘Nambuyunan’ di Portugal baru-baru ini.

Bernama [1]

Peserta trio ini adalah Ahmad Mikhail Damsal; 10 tahun, Muhammad Fakhrul Afif dan Oscar Neil kedua-duanya berusia 12 tahun berjaya meraih kejuaraan bagi kategori ‘Tarian Kanak-kanak Duet/Trio Dongeng dan Kebangsaan’. Bernama [1] melaporkan bahawa pertandingan Dance World Cup 2019 ini telah diadakan di Braga, Portugal pada 29 Jun hingga 6 Julai yang lalu.

Persembahan dari Sk Stella Maris (M), Tanjung Aru, Kota Kinabalu, Sabah di World Dance Cup 2019, Braga Portugal dan dinobatkan sebagai Juara (Pingat Emas) bg kategori Children Duet / Trio National & Folklore Dance …

Tom Sham [2] စာစုတင်ရာတွင် အသုံးပြုမှု ၂၀၁၉၊ ဇူလိုင် ၄၊ ကြာသပတေးနေ့

Selain daripada kemenangan itu, Fakhrul Afif juga berjaya memenangi kategori ‘Tarian Kanak-kanak Solo Dongeng Kebangsaan’ setelah mempersembahkan tarian etnik Brunei yang dikenali sebagai ‘Ag Alak Betatar’.

Selain trio ini, sekumpulan peserta dari SK Mutiara Kota Kinabalu juga berjaya merangkul pingat emas dalam kategori ‘Tarian Kumpulan Kecil Kanak-kanak Dongeng Kebangsaan’.

Pencapaian yang sungguh membanggakan sekali gus membolehkan nama Malaysia menjadi lebih megah di persada antarabangsa. Tahniah adik-adik semua!

Sumber: SAYS [3]

loading...