Sejujurnya, ramai yang mengetahui bahawa Malaysia memang terkenal dengan kepelbagaian jenis makanan. Dari makanan yang bercirikan tradisional, makanan yang mempunyai suntikan moden, makanan pencuci mulut yang pelbagai jenis bersesuaian dengan iklim Malaysia, semuanya sangat membanggakan.

Malah, bagi warganegara asing, makanan segera keluaran Malaysia juga tidak kurang sedapnya. Misalnya, mi segera berjenama Maggi dalam perisa kegemaran ramai, perisa kari. 

Baru-baru ini, seorang YouTuber dari Amerika dengan nama akaunnya Xiaomanyc telah melakukan cabaran merasa mi Maggi perisa kari di tengah-tengah kesesakan bandar New York. Rata-rata orang yang ditemuinya juga tidak pernah merasa makanan dari Malaysia, apatah lagi mi segera dari Malaysia!

Ternyata, seperti yang dijangka, kebanyakan orang yang merasa mi segera yang dimasak oleh Xiaoma pada ketika itu juga begitu berpuas hati malah ada antaranya yang mahu membawa pulang mi segera itu!

Walau bagaimanapun, daripada 11 orang yang ditemubual oleh Xiaoma, terdapat 3 orang yang menyatakan bahawa mi segera keluaran Malaysia ini terlalu pedas buat mereka. Hal ini mungkin berlaku kerana mi segera ini telah disesuaikan dengan citarasa rakyat Malaysia yang gemar rasa pedas, tidak seperti orang barat yang tidak sukakan rasa pedas dalam makanan mereka.

Selain itu, ada juga antaranya yang memberi cadangan untuk menambah beberapa jenis lauk seperti udang bagi menambah perisa pada mi segera yang kosong itu.

Bijak, begitu jugalah cara lazim yang dimakan oleh rakyat Malaysia!

Sebenarnya, ini bukanlah kali pertama Xiaoma melakukan temubual sebegini. Dia malahan pernah melakukannya dengan makanan yang lain dari Malaysia seperti Milo, kopi putih Ipoh dan Bakwa.

Tonton video yang dinyatakan di sini:

Terima kasih Xiaoma kerana telah memperkenalkan Malaysia!

Sumber: Xiaomanyc/YouTube

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI

Video Popular