Baru-baru ini, gelagat lucu pengadil cantik, Fernanda Colombo yang bergurau dengan seorang pemain di liga Ecuador telah menghiburkan ramai orang. Selain menjadi seorang pengadil, Fernanda Colombo juga merupakan seorang wartawan sukan, penyampai dan pengulas.

Colombo yang berusia 30 tahun telah mengadili perlawanan persahabatan telah melakukan perkara yang melucukan apabila dia memanggil pemain tengah Barcelona Sporting Club, Kitu Díaz selepas pemain itu melakukan terjahan.

Colombo dilihat menyeluk poket ketika memanggil Diaz dan apabila Diaz berada di hadapannya, Colombo yang seolah-olah mahu melayangkan kad mengeluarkan sapu tangan berwarna putih dari poketnya dan mengelap peluh di dahinya.

Para pemain tersenyum melihat gelagat lucu Colombo tersebut. Diaz turut kelihatan tersenyum kerana dia pasti menyangka Colombo mahu melayangkan kad kepadanya.

Klip video tersebut dikongsi oleh pemain hoki British, Samantha Quek di Twitter.

Namun, selepas videonya menjadi tular, Colombo menerima emel berbaur gangguan yang tidak bermoral. Dia telah berkongsi emel yang tidak bermoral tersebut di akaun Instagramnya. “Saya ingin memberitahu dunia bahawa saya hanya mahu melakukan apa yang saya suka iaitu bekerja dalam bidang bola sepak dan kewartawanan. Tolong, hormati saya!, ” katanya.

Sejak videonya itu menjadi tular, nampaknya Colombo menjadi semakin popular, ramai yang telah mengikuti akaun Instagramnya, yang kini telah mencecah lebih 423,000 pengikut.

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Ria SUKAN VIDEO

Video Popular