Para pengguna laman sosial pasti tidak asing lagi akan cabaran penutup botol atau lebih dikenali dengan ‘Bottle Cap Challenge’. Hal ini kerana, saban hari ada sahaja individu yang akan menyahut cabaran berkenaan.

Secara ringkasnya, cabaran ini memerlukan seseorang untuk membuka penutup botol dengan melakukan tendangan sisi tanpa menjatuhkan botol tersebut. Agak sukar juga ya!

Antara selebriti antarabangsa yang tidak melepaskan peluang untuk mencuba cabaran berkenaan adalah seperti Donnie Yen, Justin Bieber, John Mayer, Jason Statham, Ellie Goulding dan juga penyanyi antarabangsa terkenal, iaitu Mariah Carey.

 

@MariahCarey|Twitter

Apa yang menariknya, beliau tidak menggunakan tendangan kaki seperti mana-mana selebriti dan individu lain yang mencubanya. Sebaliknya, beliau hanya menggunakan suaranya sahaja!

Berdasarkan satu video yang dimuat naik beliau, menunjukkan bagaimana pada mulanya Mariah mula mengerakkan tangannya seperti sudah bersedia untuk melakukan sepakan.

 

@MariahCarey|Twitter

Akan tetapi, selepas itu beliau meletakkan satu jari pada sebelah telinganya lalu mula menjerit. Sungguh menakjubkan kerana penutup botol berkenaan terbuka!

 

@MariahCarey|Twitter

Cabaran yang disahut oleh Mariah berjaya memenangi hati pengguna media sosial kerana tidak sampai 24 jam, video tersebut telah pun mencecah hampir 3 juta tontonan. Mungkin penonton sangat terhibur dan berasa kagum dengan kebolehan Mariah.

Bukan itu sahaja, bahkan beberapa rakan selebriti yang lain seperti Busta Rhymes, Rita Ora, Ruby Rose, Jordin Sparks dan bekas suaminya Nick Cannon turut memuji akan aksi hebatnya itu.

Jom saksikan kehebatan suara Mariah:

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona VIDEO

Video Popular