Khas untuk semua wanita warga Malaysia yang berumur 25 hingga 70 tahun, dimaklumkan bahawa terdapat ujian saringan kanser yang akan diadakan secara percuma oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN). 

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat – Laman Rasmi

Sebenarnya, setiap tahun ujian saringan mammogram dan HPV DNA dijalankan secara percuma di semua cawangan Klinik Nur Sejahtera.

Di bawah Program Subsidi Ujian Mammogram LPPKN, semua wanita warganegara mahupun penduduk tetap Malaysia yang berusia di antara 40 hingga 70 tahun dengan pendapatan isi rumah kurang daripada RM10,000 layak menjalani perkhidmatan ujian ini tanpa dicaj sebarang bayaran.

Jika anda berusia 35 hingga 39 tahun tetapi memiliki sejarah keluarga yang pernah menghidap kanser payudara sebelum mencecah usia 40 tahun, anda juga layak untuk mengikuti ujian ini secara percuma menerusi rujukan daripada doktor.

Bagaimanapun, seandainya pendapatan isi rumah anda melebihi RM10,000, anda masih boleh menjalani ujian mammogram ini dengan subsidi sebanyak RM50!

Untuk ujian pap smear HPV DNA pula yang dijalankan untuk mengenalpasti kanser serviks pada peringkat awal, golongan wanita berusia 25 hingga 65 tahun layak untuk menjalaninya.

Bezanya antara ujian pap smear dengan ujian HPV DNA adalah, pap smear dijalankan untuk menganalisis sel daripada permukaan serviks bagi mengesan sama ada ianya boleh berubah menjadi kanser serviks.

Sementara itu, ujian HPV pula bertujuan untuk mengesan kehadiran dua alunan HPV yang kebiasaannya wujud dalam 70% kes kanser serviks. 

Oncology News Australia

Di pusat perubatan swasta, ujian HPV DNA boleh mencecah sehingga RM250! Tetapi, dengan adanya subsidi ini, anda boleh melakukan ujian ini secara PERCUMA! Bagaimanapun, terdapat beberapa kriteria yang perlu dipatuhi sebelum anda dikategorikan layak untuk mengikuti program berkenaan:

  • Warganegara atau Penduduk Tetap Malaysia 
  • Berumur 25 hingga 65 tahun
  • Termasuk dalam kumpulan B40 atau M40
  • Berkahwin atau pernah berkahwin

Peringatan, anda perlulah melakukan temujanji terlebih dahulu di mana-mana cawangan Klinik Nur Sejahtera dan Klinik Subfertiliti LPPKN seluruh negara. Ayuh sebarkan info penting ini kepada keluarga dan rakan-rakan anda! Sila buat pemeriksaan awal sebelum segalanya sudah terlambat…

Sumber: SAYSKementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat – Laman Rasmi|Facebook

Maybe you're interested :

Share

Video Popular