Kecanggihan penggunaan teknologi pada zaman ini memerlukan setiap manusia untuk memiliki gajet seperti telefon pintar, komputer riba, iPad dan sebagainya. Zaman ini, bukan sahaja orang dewasa yang akan menggunakan gajet canggih tetapi kanak-kanak juga sudah bijak menggunakannya.

Malah, keadaan ini juga berpunca daripada tindakan majoriti ibu bapa yang akan memberikan anak-anak kecil menggunakan gajet bagi membuatkan mereka leka dan tidak menangis. Ibu bapa juga boleh melakukan kerja masing-masing dalam keadaan yang lebih tenang.

Gambar Hiasan | Kelly Sikkema – Unsplash

Namun demikian, timbul kesan negatif yang boleh mengakibatkan kemudaratan kepada golongan kanak-kanak yang terdedah kepada penggunaan gajet secara berlebihan ini. 

 

Menerusi perkongsian oleh Dr Latif Saaf di lama blognya, beliau menegaskan bahawa golongan kanak-kanak yang berusia lima tahun ke bawah adalah tidak dibenarkan untuk melihat skrin gajet melebihi satu jam sehari kerana ianya boleh mendatangkan kesan buruk kepada mereka.

Beliau memaklumkan bahawa hasil dapatan kajian terbaru menunjukkan bahawa kanak-kanak yang terdedah kepada skrin melebihi jangka masa yang ditetapkan akan mengalami simptom seperti:

  • Masalah perkembangan motor
  • Kurang kemampuan untuk bersosial
  • Kemahiran berbahasa yang lambat
  • Obesiti
  • Kanser
  • Penyakit kronik lain
  • Kematian mengejut disebabkan kurang aktif di awal usia

Justeru, Dr Latif turut berkongsi beberapa aspek penting untuk memastikan kanak-kanak dapat membesar dengan sihat iaitu memperbanyakkan aktiviti fizikal, mengurangkan gaya hidup yang tidak sihat dan memastikan tidur yang berkualiti bagi menjamin kesihatan fizikal serta mental.

Di samping itu, bagi membantu para ibu bapa mematuhi penetapan larangan penggunaan gajet melebihi masa yang ditetapkan ini, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mewujudkan garis panduan seperti yang berikut:

Kanak-kanak bawah 1 tahun

Gambar Hiasan | Dominika Roseclay – Pexels

Jangan sesekali menggalakkan anak kecil yang belum boleh merangkak menggunakan skrin secara berlebihan. Sebaiknya, berikan mereka waktu tidur yang mencukupi di antara 14 hingga 17 jam. Selain itu, ibu bapa juga disarankan untuk meletakkan bayi dalam keadaan meniarap selama 30 minit dan tidak membiarkan mereka berada di dalam kerusi melebihi 1 jam.

Kanak-kanak berusia 1 hingga 2 tahun

Gambar Hiasan | Eric Cheng – Pexel

Galakkan anak-anak kekal aktif selama sekurang-kurangnya 180 minit dengan melakukan aktiviti fizikal. Pastikan mereka tidur antara 11 hingga 14 jam sehari.

Kanak-kanak berusia 3 hingga 4 tahun

Gambar Hiasan | MI PHAM – Unsplash

Pakar mencadangkan ibu bapa untuk meluangkan masa sekitar 180 minit untuk melakukan aktiviti fizikal bersama anak-anak dan baki 60 minit lagi untuk melakukan aktiviti yang lebih berat.

Pastikan mereka mendapat tidur yang berkualiti di antara 10 hingga 13 jam termasuk tidur sementara di waktu petang.

Sumber: Dr Latif SaadWorld Health Organization

Maybe you're interested :

Share
Kategori: KESIHATAN

Video Popular