GUIYANG: Seorang warga emas yang sering mengadu batuk berdarah dan gatal-gatal di bahagian tekak lebih dua bulan mengejutkan doktor di China apabila menemui seekor lintah berukuran lebih 1 inci di dalam kerongkongnya, baru-baru ini.

Memetik Mirror, doktor yang bertugas di hospital Perubatan di bandar Yibin itu menemui lintah berkenaan selepas melakukan pemeriksaan ke atas wanita yang dikenali sebagai Wang.

AsiaWire

Doktor yang melakukan prosedur berkenaan mendapati seekor lintah pada bahagian saluran pernafasannya semasa menjalankan proses bronchoscopy.

Imej berkenaan turut menunjukkan parasit dengan ukuran 1.2 inci sedang melingkar pada bahagian glotis yang berhampiran dengan peti suara.

Wanita berusia 65 tahun itu segera menjalani pembedahan selepas doktor mengesahkan boleh berlaku kecederaan yang lebih serius jika lintah itu dikeluarkan secara paksa.

AsiaWire

Pasukan perubatan di hospital berkenaan memperuntuk masa enam minit bagi menjalani prosedur untuk mengeluarkan lintah berkenaan dari kerongkong warga emas berkenaan.

Doktor juga terpaksa bahan khas bagi membeku binatang berkenaan sebelum melakukan proses mengeluarkan.

Menurut doktor warga emas berkenaan yang berkerja di ladang dipercayai mempunyai tabiat meminum mata air dan kemungkinan terminum telur lintah yang kemudian membesar di saluran pernafasan wanita berkenaan.

Sumber: Mirror.uk, Astro Awani, Lobak Merah

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL

Video Popular